Skip to main content

Posts

Showing posts with the label guardian malaysia

Guardian Anjur Bengkel Kebersihan Dan Sumbang Produk Mandian Kepada Pelajar Sekolah

Kira-kira 200 pelajar Tahun 2 dan pelajar Berkerperluan Khas dari Sekolah Kebangsaan Shah Alam baru-baru ini, telah menyertai Bengkel Kebersihan Guardian interaktif anjuran Guardian Malaysia. Ini merupakan sebahagian daripada program khidmat masyarakatnya di seluruh negara, ‘Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak’, membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah kekal bersih dan seterusnya, kekal sihat. Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif, Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata; “Kami berasa senang hati dan bangga menyaksikan keseronokan pada wajah kanak-kanak ini ketika mempelajari tentang amalan kebersihan yang baik di Bengkel Kebersihan kami. Kami percaya bahawa semua orang berhak untuk menjadi bersih dan sihat.  Ia adalah hak asasi manusia. Hal ini tidak sepatutnya menjadi satu kemewahan atau keistimewaan, terutamanya bagi kanak-kanak. Kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah ...

Video Hari Raya, 'Guardian Raya Untuk Semua'

Guardian Malaysia hari ini mengadakan tayangan perdana ‘Guardian Raya Untuk Semua’, video Raya Guardian untuk Hari Raya 2023, bersempena dengan pelancaran tawaran Hari Rayanya yang menakjubkan!    Menurut Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd “Video Raya 2023 kami, bertajuk ‘Guardian Raya Untuk Semua’, dihasilkan dengan tujuan untuk mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan nilai-nilai kekeluargaan, terutamanya di masa-masa berharga seperti Hari Raya.   “Kami turut menggunakan kesempatan ini untuk menyerlahkan peranan Guardian dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dengan membantu mereka berhari raya secara sihat dan bergaya, menerusi tawaran pelbagai produk kesihatan dan kecantikan hebat pada nilai yang lebih baik tahun ini!” jelas beliau di majlis tayangan video raya dan berbuka puasa bersama media.   Video Hari Raya Guardian Cukup Menghiburkan Video Raya tersebut, yang menampilkan lagu berirama joget yang rancak oleh Guardian, dibangunkan ...

GUARDIAN PERKENAL JENAMA BAHARU DAN EKSKLUSIF DI SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-55

Guardian Malaysia hari ini memperkenalkan barisan jenama baharu dan eksklusif sempena ulang tahunnya yang ke-55 pada Oktober 2022.  “Apa yang mulanya hanya sebuah ruang perniagaan sekecil 200 kaki persegi di dalam pasar raya Weld, telah berkembang dalam 5 dekad lalu menjadi peneraju rangkaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka di negara ini, yang telah dipilih sebagai jenama peruncitan nombor satu di Anugerah Jenama Putra 2021 baru-baru ini. Hari ini, Guardian memiliki lebih daripada 520 stor di seluruh negara, e-stor yang berkembang pesat serta aplikasi yang boleh diakses bila-bila masa,” kata Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd. “Hari ini, sebagai s ebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-55 kami, kami menampilkan 24 ‘muka baru’ di stor kami dan kepada ahli Gaya Squad Guardian. Jenama-jenama baharu dan eksklusif ini merangkumi pelbagai segmen produk termasuk penjagaan kulit, penjagaan rambut, kesihatan dan kecantikan. Gaya Squad Gua...

GUARDIAN LANCAR RANGKAIAN PENJAGAAN RAMBUT, MANDIAN BADAN DAN SABUN PENCUCI TANGAN YANG ‘DISAHKAN HALAL'

Guardian Malaysia telah melancarkan rangkaian produk penjagaan rambut, penjagaan badan dan sabun pencuci tangan Guardian Essential yang disahkan ‘Halal’ oleh JAKIM Malaysia. Anna Hul,Pengarah Komersil Malaysia dan Brunei merangkap Pengarah Jenama Sendiri (OB – Own Brand), Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara yang mengumumkan pensijilan tersebut berkata, “Pelanggan kami yang beragama Islam boleh menggunakan produk penjagaan rambut, penjagaan badan dan sabun pencuci tangan dalam rangkaian Guardian Essential kami dengan yakin kerana ia adalah 100% halal.”  “Pensijilan produk jenama sendiri Guardian mencerminkan komitmen Guardian dalam usaha membangunkan dan membawa produk dengan nilai terbaik pada kualiti terbaik ke dalam pasaran bagi memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan yang berubah-ubah,” tambah beliau. Hull berkata sejak 2011, Guardian telah memperkenalkan produk Jenama Sendirinya.  Ia termasuk syampu, perapi serta barangan penjagaan badan, yang mana kesemuanya t...

ANUGERAH GUARDIAN 2021 KEMBALI LAGI!

Guardian Malaysia meraih reputasi yang mantap sebagai destinasi utama farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit yang dipercayai di Malaysia kerana menyediakan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan terbaik dalam industri kepada pelanggannya.  Guardian turut terkenal sebagai pakar yang dipercayai dalam kesihatan komuniti menerusi kerja keras pasukan ahli farmasi profesionalnya yang ramai. Reputasi yang dicemburui yang diraih oleh Guardian ini merupakan hasil daripada komitmennya yang sentiasa mengutamakan pelanggan! Menurut Anna Ng, Pengarah Pemasaran Jenama, Asia Tenggara, Guardian Health And Beauty,di Guardian, pelanggan adalah nadi dalam segala usaha yang dilakukan.  “Kami mendengar keperluan mereka dan berhati-hati dalam menyampaikan kecantikan yang bersifat sihat serta berpatutan untuk mereka. Kami menyediakan produk keperluan kesihatan dan kecantikan tanpa kompromi dari segi nilai dan kualiti kepada para pelanggan. “Kami juga merasakan bahawa pelanggan kami lebih mengeta...

PRODUK MANDIAN DAN PENJAGAAN RAMBUT SUMMERIE MEMANG WANGI!

Summerie adalah rangkaian pembersih badan dan syampu yang direka khas untuk membangkitkan rasa keterujaan yang mengasyikkan.  Formula dengan wangian semulajadi dan bebas silikon memberikan percikan ‘musim panas’ yang menyegarkan dalam setiap mandian  Siapa yang tidak teruja apabila mendapat peluang bersantai sambil berjemur di pantai di bawah sinaran matahari dengan deruan angin tropika yang halus?  Inilah janji jenama baru Summerie yang dinamakan dengan gabungan ‘summer’ dan ‘reverie’.  Ekstrak Botani Dilengkapi dengan ekstrak botani yang memulihara kulit penggunaan rangkaian baru ini boleh menghidupkan setiap mandian harian anda dengan rasa kemewahan yang mampu untuk dimiliki! Menurut Wahidah Rafi, Penolong Pengurus Summerie, produk ini adalah jenama yang mementingkan kesederhanaan dan keaslian alam semulajadi.  “Inilah keistimewaan mengapa produk kami hanya diperbuat dari bahan asli semulajadi yang penting untuk kulit dan rambut.  Dengan menggunakan wangian premiu...