Skip to main content

GUARDIAN PERKENAL JENAMA BAHARU DAN EKSKLUSIF DI SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-55

Guardian Malaysia hari ini memperkenalkan barisan jenama baharu dan eksklusif sempena ulang tahunnya yang ke-55 pada Oktober 2022. 

“Apa yang mulanya hanya sebuah ruang perniagaan sekecil 200 kaki persegi di dalam pasar raya Weld, telah berkembang dalam 5 dekad lalu menjadi peneraju rangkaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka di negara ini, yang telah dipilih sebagai jenama peruncitan nombor satu di Anugerah Jenama Putra 2021 baru-baru ini. Hari ini, Guardian memiliki lebih daripada 520 stor di seluruh negara, e-stor yang berkembang pesat serta aplikasi yang boleh diakses bila-bila masa,” kata Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd.

“Hari ini, sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-55 kami, kami menampilkan 24 ‘muka baru’ di stor kami dan kepada ahli Gaya Squad Guardian. Jenama-jenama baharu dan eksklusif ini merangkumi pelbagai segmen produk termasuk penjagaan kulit, penjagaan rambut, kesihatan dan kecantikan.

Gaya Squad Guardian telah dijamu dengan pratonton istimewa jenama-jenama baharu dan eksklusif tersebut yang ditawarkan hari ini dalam sebuah acara istimewa bagi meraikan ulang tahun ke-5 penubuhannya.

Selain itu, bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-55 ini, Guardian akan menawarkan promosi dan tawaran menakjubkan dari sekarang hingga 30 Oktober 2022. Malah, kami telah menawarkan 1,000 produk dengan potongan 55% untuk belian item kedua dan banyak lagi tawaran promosi hebat yang lain,” tambah Teo.

Gaya Squad Guardian yang merupakan sebuah inisiatif oleh Guardian Malaysia untuk membina hubungan dengan pelanggan menerusi media sosial kini menjadi sebuah saluran penyampaian utama untuk pelanggan mengakses idea dan maklumat untuk kehidupan yang sihat dan bijak.

“Inisiatif Gaya Squad Guardian yang telah dilancarkan lima tahun lalu kini diterima secara meluas oleh pelanggan kami sebagai satu saluran untuk mendapatkan maklumat trend kesihatan dan kesejahteraan serta produk terkini.”

“Kami memulakan Gaya Squad Guardian sebagai satu saluran utama untuk  memperkenalkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa yang dijual di stor untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran umum tentang jenama tersebut kepada pelanggan menerusi influencer media sosial yang dijemput ke sesi-sesi itu,” jelas Teo. 

Sesi-sesi Gaya Squad Guardian adalah sebuah perhimpunan kecil dan intim yang dihadiri oleh influencer media sosial, dimana mereka diberi peluang yang unik untuk mengalami sendiri, menyentuh, merasai dan mencuba produk jenama tersebut dan lebih penting lagi, bertanya apa sahaja soalan yang ingin ditanyakan untuk mengenali jenama dengan lebih baik. Supaya akhirnya, semua ulasan yang disiarkan di media sosial untuk pengikut mereka dan pelanggan kami adalah maklumat yang mendidik dan berinformasi yang tepat dan berguna.

“Dengan cara ini, pelanggan kami belajar lebih banyak tentang jenama yang kami tawarkan,” tambah Teo. 

“Ia benar-benar satu inisiatif menang-menang untuk pelanggan kami yang akan mendapat maklumat lebih mendalam tentang jenama kesihatan dan kecantikan terkini di pasaran dan trend terkini manakala pemilik jenama pula mendapat pendedahan jenama untuk meningkatkan kesedaran pengguna tentangnya,” kata Teo.

“Sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-55 kami, kami berbangga dengan apa yang telah kami capai selama ini dan akan terus bekerja bersungguh-sungguh kerana kami komited untuk membantu pelanggan kami mendapatkan kehidupan yang sihat dan Indah – setiap hari,” Teo mengakhiri.

Nak tahu lebih lanjut layari

Facebook: @Guardianmy 

Instagram: @Guardianmy 

YouTube: @Guardian MY

Telegram:  @GuardianMY

#GuardianMYApp

#No1StoreMalaysia

___________________________________________________________________________________________

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .