Skip to main content

Posts

Showing posts with the label awet muda

BOSAN DAH DENGAN MASALAH TAHI LALAT & KULIT KUSAM - MUJUR JUMPA CLINIC D’UMRA SHAH ALAM

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, begitulah pengalaman yang dialami oleh salah seorang team Mamanet beberapa hari sebelum Raya. Syukur sangat bila dapat peluang menjalani rawatan facial dan membuang tahi lalat di CLINIC D’UMRA Shah Alam. Satu pengalaman yang sangat berharga bagi kami di Mamanet. Clinic d’Umra terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Kepada yang biasa dengan Shah Alam, pasti tahu tentangHospital UMRA yang popular sebagai hospital bersalin pilihan ramai. Manakala kedudukanCLINIC D’UMRA ini pula betul-betul terletak di sebelah Hospital UMRA. Memangsenang nak cari sebab lokasinya tidak jauh dari bulatan Stadium Shah Alam. Bagi anda yang belum tahu, CLINIC D’UMRA ini merupakan klinikestetika, awet muda dan kesejahteraan diri. Maksudnya kepada mereka yang mahumenambah baik penampilan luar dan dalam, inilah pilihan yang tepat. Jika anda ke salon, belum tentu kaedah yang diamalkanselamat. Sebab itu, Mamanet syorkan anda datang ke sini sama ada sekadar untukm...

MARY KAY PERKENAL FORMULASI BARU TIMEWISE® REPLENISHING SERUM+C

Inginkan wajah yang lebih licin, cerah, awet muda, sihat dan menawan? Formulasi baru TimeWise® Replenishing Serum+C® daripada Mary Kay ini mampu membantu membuatkan kulit wajah anda menjadi lebih terserlah.   Rata-rata kita tahu vitamin C memang baik untuk kita. Malah, kebiasaannya adalah mengambil pil Vitamin C sebagai suplemen. Walau apa pun sebabnya, pengambilan Vitamin C memang banyak membantu kulit dan badan kita.   Serum  formulasi baru TimeWise® Replenishing Serum+C® yang kaya antioksidan ini diperhebatkan lagi dengan pati campuran pelbagai botanikal efektif yang mengandungi kadar Vitamin C yang tinggi.   Ia mampu melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang memberi kesan kepada ketegangan dan definisi kulit. Hasilnya, kulit wajah yang lebih terserlah!   Vitamin C adalah sejenis antioksidan yang memberikan pelbagai manfaat, termasuk pertahanan terhadap radikal bebas, meningkatkan pengeluaran kolagen dan mencegah penuaan kuli...

6 MAKANAN SEDAP BUAT KULIT AWET MUDA

Rata-rata wanita di dunia ini mahu kelihatan awet muda. Namun, ramai yang tidak tahu ada beberapa jenis makanan sedap yang boleh dimanfaatkan bagi mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.   Tidak dinafikan untuk nampak lebih awet muda, kebanyakan wanita cenderung menggunakan pelbagai produk kecantikan, khususnya yang mengandungi UV protection dan retinol.   Sungguhpun begitu, kita tetap perlu menitikberatkan soal pengambilan makanan diet yang berkhasiat. Terdapat banyak makanan sedap yang boleh membuatkan kulit kita menjadi lebih awet muda. Berikut Beberapa Jenis Makanan Sedap Terbaik Bagi Mendapatkan Kulit Yang Lebih Awet Muda:   Buah Delima Buah ini sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin B5, kalium, riboflavin, polifenol dan antioksida yang dapat meningkatkan keindahan dan umur kulit.   Jus delima adalah ubat yang paling bagus untuk kulit yang rosak disebabkan sinaran cahaya matahari atau penuaan semulajadi. Buah ini juga dikatakan dapat memperbaiki kerosakan k...

9 KUNCI MUKA AWET MUDA DAN BERSERI-SERI

MUSIM RAYA NI PASTI SEMUA NAK CANTIK DAN BERSERI. KALAU BOLEH SEMUA KEDUTAN ATAUPUN GARIS-GARIS HALUS TAK MAHU KELIHATAN. BIAR SEMUA ORANG TANYA, ‘APA RAHSIA MUKA AWET MUDA?’   Kunci utama muka awet muda ialah pemakanan kita. Pengambilan makanan  yang tepat boleh membantu kita mengatasi dan  mencegah masalah kecantikan yang boleh membuatkan muka awet muda kita jelas terserlah.   Ia mampu menyamarkan kedutan, membuatkan muka kita nampak lebih cerah dan berseri, rambut lebih sinar dan kuku kita jadi lebih kuat. BERIKUT 9 MAKANAN YANG BOLEH MEMBUAT MUKA AWET MUDA   BLUEBERI Pengambilan ekstrak buah blueberi dikatakan dapat mencerahkan dan meratakan warna kulit serta melawan kerosakan kulit disebabkan oleh radikal bebas.   Selain itu, buah ini juga mengandungi vitamin C dan E. Vitamin-vitamin ini mencegah penuaan dengan menghalang zat-zat kimia berbahaya dari badan yang membawa efek jangka panjang pada organ badan.   TOMATO Tomato mengandungi lycopene yang mampu me...

6 CARA BERKESAN MENGHILANGKAN KEDUTAN DI MUKA

Jika kesan-kesan penuaan seperti garis-garis halus mula kelihatan, sudah pasti kita akan berusaha mencari cara menghilangkan kedutan di muka! Apatah lagi jika usia kita sudah melewati 30-an. Kita tentunya masih mengharapkan memiliki kulit mulus tanpa sebarang masalah. Garis-garis halus atau kedutan yang kelihatan di bawah mata atau hujung kelopak mata merupakan salah satu dari tanda-tanda penuaan. Penyebab munculnya kedutan di muka yang utama adalah kerana faktor usia. Kulit juga mengalami penuaan! Namun, kedutan di muka ini boleh juga terjadi pada usia remaja. Faktor penyebabnya termasuklah kekurangan vitamin, gaya hidup yang tidak sihat, stress, depresi dan pencemaran. Di samping itu, pengambilan makanan segera atau kudapan ringan juga boleh menyebabkan kedutan di muka muncul lebih cepat. Ramai di antara kita yang sanggup berhabis wang ringgit untuk mendapatkan rawatan kecantikan termasuklah bagi menghilangkan kedutan di muka. Bagi kita yang kekurangan bajet dan ingin tahu cara tradi...

APA ITU COLLAGEN DAN BETUL KE BOLEH BUAT KULIT AWET MUDA?

Apa itu Collagen? Collagen merupakan bahagian penting dalam jaringan sel badan kita. Collagen bagaikan sebuah blok bangunan penting untuk kulit. Collagen adalah protein utama dalam kulit, tulang, tendon, tulang rawan dan jaringan otot kita. Berkat collagen, tubuh dapat tersambung dan terikat di antara satu sama lain sehingga menjadi lebih kuat, elastik dan berstruktur. Collagen merupakan sejenis protein yang dapat memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Ia membentuk 30% daripada protein tubuh hidup dan 70% daripada protein yang membentuk kulit. BACA: 6 CARA PUTIHKAN KULIT TANPA BAHAYAKAN DIRI [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]   APA ITU COLLAGEN YANG SEPATUTNYA KITA FAHAMI FUNGSINYA? Collagen juga berfungsi untuk membantu mengganti dan memulihkan sel-sel kulit mati, membentuk jaringan fibrosa agar sel-sel baru dapat tubuh, sehingga meli...

Kulit Gebu Dan Cerah Dengan Losyen Badan

LOSYEN badan adalah salah satu must have item yang dimiliki oleh ramai wanita. Mamanet pun tak terkecuali. Sentiasa ada di dalam hand bag !

6 Tip Agar Awet Muda Sepanjang Masa

Sudah tentu semua wanita di dunia ini nak nampak sihat dan cantik sekalipun sudah meniti usia senja.Mamanet pun sama, jadi bacalah tip agar awet muda ni kalau nak nampak muda selalu macam Mamanet!