Skip to main content

6 Tip Agar Awet Muda Sepanjang Masa

Tip Agar Awet MudaSudah tentu semua wanita di dunia ini nak nampak sihat dan cantik sekalipun sudah meniti usia senja.Mamanet pun sama, jadi bacalah tip agar awet muda ni kalau nak nampak muda selalu macam Mamanet!

Ada banyak tip wajah awet muda dan  terpulanglah kepada anda untuk memilihnya. Jika anda yakin dengan rahsia kecantikan Mamanet, praktik sahaja tip agar awet muda yang berkesan dan cukup senang untuk dipatuhi ini.

Berikut Tip Agar Awet Muda Cara Mamanet

1.Minum Air Masak SecukupnyaTip Agar Awet Muda

Walau di manapun anda berada, air adalah sumber kehidupan yang sangat penting. Kekurangan air dalam tubuh boleh menyebabkan beberapa penyakit yang cukup serius.

Pengambilan air masak yang mencukupi bagus untuk kulit kerana ia dapat melembabkan kulit, menegangkan sehingga sel-sel kulit anda dapat bertukar ganti pada setiap masa. Akhirnya anda akan merasakan kulit anda anjal dan tetap awet muda.

  1. Guna Kosmetik Yang Sihat Dan Halal

Pilih kosmetik yang sesuai dengan jenis kulit anda. Kosmetik yang bagus tidak semestinya mahal. Memadai jika anda memilih kosmetik yang selamat dan halal.

Kosmetik yang sihat perlu bebas daripada bahan kimia yang berlebihan. Jika tidak, proses awet muda anda akan gagal. Memakai kosmetik yang tidak selamat akan membuatkan kulit anda iritasi, berjerawat, berjeragat dan sebagainya. Inilah yang membuatkan kulit wajah anda menjadi tidak sihat dan mudah berkedut.

3.Bersihkan Muka Secara Rutin

Rajin membersihkan muka atau wajah setiap hari akan memberikan manfaat yang baik. Wajah anda akan kelihatan lebih bersih dan cerah. Jika tidak, minyak yang melekat dengan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit akan menyumbat pori-pori dan menjadi jerawat.

Kulit wajah yang bersih boleh menyerap nutrisi secara maksimum. Selepas membersihkan wajah dengan pembersih wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda, bilas dan keringkan dengan tuala bersih. Kemudian pakai penyegar(toner), kemudian serum dan pelembab.

P/S: Anda boleh juga cuba tip awet muda yang Mamanet suka amalkan, baca di sini ya.

  1. Lindungi Kulit Muka Dari Sinaran UV

Sinaran UV penting, tetapi cahaya matahari yang terpancar pada jam  10 pagi  ke atas tidak elok untuk kulit wajah. Kulit tetap terjaga di antara jam tersebut, kerana ia akan mempengaruhi proses regenarasi kulit baru.Jika terdedah dengan aktiviti panas, anda disarankan memakai sunscreen kerana ia akan membantu melindungi kulit anda daripada panasnya sinar matahari.

  1. Masker Wajah

Tips agar awet muda yang terakhir adalah dengan memakai masker secara rutin. Banyak manfaat untuk proses awet muda jika anda memakai masker. Fungsi masker juga banyak, selain memutihkan wajah ia juga dapat membantu menghalang tumbuhnya jerawat.

Anda boleh manjakan kulit muka anda dengan masker semulajadi buatan sendiri. Campurkan putih telur dengan perahan lemon. Kacau sehingga berbuih, kemudian sapukan ke wajah yang sudah dibersihkan dengan rata.

Putih  telur berfungsi menegangkan kulit dan mengecilkan pori-pori serta kandungan proteinnya berguna untuk melembabkan kulit serta mempercepatkan proses regenerasi. Manakala lemon kaya dengan vitamin C, berfungsi sebagai antioksida untuk melawan penuaan.

  1. Tip Agar Awet MudaRehat Yang Secukupnya

Tip awet muda yang seterusnya, jaga kualiti tidur anda, cuba dapatkan waktu tidur yang secukupnya iaitu 7 hingga 8 jam. Berilah waktu untuk tubuh anda memperbaiki sel dan beristirahat setelah seharian penat beraktiviti.

Jangan biarkan otak anda terlelap dalam keadaan stress. Sebaiknya matikan semua lampu dan sumber cahaya. Beristirahat dalam keadaan gelap akan membuatkan tubuh menghasilkan hormon melatonin yang baik bagi mempertahankan tubuh dan menjaga sel tubuh daripada kerosakkan.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...