Skip to main content

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat.

Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik.

Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga.

Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif

Dihasilkan berdasarkan kajian saintifik yang sekian lama dijalankan, rumusan unggul BSpeed terdiri daripada phosphatidylserine (PS), choline, ginkgo biloba, vitamin B3, kalsium, dan acetyl L-carnitine, yang membantu meningkatkan kepekaan dan fungsi kognitif, serta mengurangkan kelesuan. Apabila usia semakin meningkat, kesihatan otak perlu dijaga untuk mengekalkan kualiti hidup yang baik, oleh itu LAC mengesyorkan BSpeed untuk golongan individu yang ingin mengekalkan keupayaan kognitif mereka.

Menurut Patrick Fam, Pengurus Besar LAC Malaysia, dalam dunia hari ini yang begitu dinamik, kebolehan untuk menimba ilmu pengetahuan dan menyesuaikan diri menurut perubahan keadaan merupakan perkara yang amat diperlukan untuk mencapai kejayaan sebagai individu dan organisasi.

 “Learning at Work Week”merupakan peluang yang baik untuk menggalakkan individu untuk mengutamakan perkembangan dan pembangunan mereka. Inilah masanya untuk mengamalkan budaya pembelajaran berterusan yang membolehkan mereka tetap maju dalam dunia yang sentiasa berubah ini.”

Semua produk LAC yang berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan, boleh didapati secara meluas di lebih 65 cawangan runcit di Malaysia. Untuk mengetahu lebih lanjut, sila layari laman web di https://www.lacworldwide.com.my

Serba Sedikit Tentang LAC Global

Beribu pejabat di Singapura, LAC Global merupakan antara cawangan peruncitan khusus yang terbesar di Asia untuk suplemen, vitamin, mineral, herba, dan suplemen khusus untuk antipenuaan dan kecantikan, imuniti, pengurusan berat badan, pemakanan sukan, dan tenaga. 

Syarikat ini merupakan pemilik jenama LAC (Leader in Antioxidative Control™), jenama suplemen kesihatan terkemuka global. Sejak ditubuhkan, ia telah merintis jalan untuk menghasilkan formula saintifik, menggabungkan teknologi timur dan barat untuk melawan radikal bebas, memerangi penuaan yang disebabkan oleh tekanan oksidatif, serta menyokong kehidupan harian anda supaya anda sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik.

Wujud secara global sejak 1997 kini berada di Singapura, Malaysia, Taiwan, Filipina, China, Jepun, Vietnam, Myanmar, USA, Amerika Tengah & Selatan, dan Timur Tengah. Pada ketika ini, terdapat lebih daripada 220 cawangan LAC di Singapura, Malaysia, Filipina dan Taiwan. 

Untuk memastikan kualiti yang terbaik, LAC mendapatkan bahan-bahan secara ketat dan teliti dari serata dunia, seperti USA, Jepun, Perancis, Australia, New Zealand dan Switzerland, dan LAC bekerjasama hanya dengan rakan niaga khusus yang benar-benar pakar dalam membangunkan dan menghasilkan produk kesihatan.

Jenama lain syarikat ini termasuklah Xndo Food For Health. LAC Global menumpukan usahanya untuk memastikan pengguna sentiasa sihat sejahtera dan dapat menikmati hidup yang bermakna.

Comments

Popular posts from this blog

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .