Samsung Electronics Co., Ltd. telah mengumumkan ketibaan Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G sebagai pelengkap kepada pakej inovasi Galaxy yang terkini dengan menawarkan pengalaman mudah alih yang serba bersepadu pada nilai yang hebat. Dikuasakan oleh pemproses serba baharu, kamera AI khas Galaxy, paparan yang luas dan lancar serta bateri berhayat dua hari, siri Galaxy A yang terkini juga menampilkan ketersambungan 5G, ciri-ciri keselamatan gred pertahanan, reka bentuk yang anggun, langsing dan mengutamakan kelestarian alam, serta pengalaman ketersambungan termaju. Kedua-dua peranti baharu ini turut menyokong pengemaskinian One UI, OS Android dan fungsi keselamatan secara berterusan untuk memberikan pengalaman mudah alih yang tiada bandingan bagi para pengguna. “Kami percaya bahawa semua orang berhak menikmati kesan positif teknologi mudah alih dalam kehidupan mereka,” kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan MX (Mobile eXperience) Samsung Electronics. “Selara...