Guardian Malaysia hari ini memperkenalkan barisan jenama baharu dan eksklusif sempena ulang tahunnya yang ke-55 pada Oktober 2022. “Apa yang mulanya hanya sebuah ruang perniagaan sekecil 200 kaki persegi di dalam pasar raya Weld, telah berkembang dalam 5 dekad lalu menjadi peneraju rangkaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka di negara ini, yang telah dipilih sebagai jenama peruncitan nombor satu di Anugerah Jenama Putra 2021 baru-baru ini. Hari ini, Guardian memiliki lebih daripada 520 stor di seluruh negara, e-stor yang berkembang pesat serta aplikasi yang boleh diakses bila-bila masa,” kata Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd. “Hari ini, sebagai s ebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-55 kami, kami menampilkan 24 ‘muka baru’ di stor kami dan kepada ahli Gaya Squad Guardian. Jenama-jenama baharu dan eksklusif ini merangkumi pelbagai segmen produk termasuk penjagaan kulit, penjagaan rambut, kesihatan dan kecantikan. Gaya Squad Gua...