Skip to main content

Posts

Showing posts with the label medicos

PELITUP MUKA PEMBEDAHAN HYDROCHARGE™ BAHARU DIREKA KHAS UNTUK FASA ENDEMIK COVID-19

Inovasi MEDICOS membantu berjuta insan hidup dan bekerja dengan lebih selamat dalam endemik. Pelitup muka pembedahan HydroCharge™ baharu berikan tahap kebolehnafasan tanpa menjejaskan ciri keselamatan. Selepas mengharungi lebih daripada dua tahun sekatan COVID-19, Malaysia kini telah memasuki fasa endemik.  Lantaran itu kerajaan telah melonggarkan banyak peraturan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, yang memberikan kelegaan kepada banyak pihak. Terutamanya bagi mereka yang akhirnya dapat berhubung semula dengan ahli keluarga, atau menikmati percutian yang dinanti-nantikan bersama orang tersayang selama ini. Namun, satu persoalan yang sentiasa berlegar di fikiran semua orang adalah – berapa lama lagi kita perlu memakai pelitup muka? Menurut pakar kesihatan, walaupun pelitup muka tidak lagi diwajibkan pada peringkat akhir endemic. Namun, memakai pelitup muka dalam persekitaran sosial adalah cara yang paling selamat untuk melindungi diri kita dan orang lain dari...