Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ppz

SEGERA TUNAIKAN ZAKAT, JANGAN BERLENGAH LAGI

Segera tunaikan zakat setiap kali mendapat gaji atau keuntungan. Namun, ia bukan perkara mudah bila ramai yang mengeluh tidak cukup pendapatan. Tekanan hidup sekarang membuatkan kebanyakan orang selalu berasa tidak cukup. Bukan hanya yang bergaji bawah RM3000 sahaja yang sering kesempitan wang, bahkan yang bergaji RM10 ribu ke atas pun turut berasakan perkara yang sama. Kenapa hidup kita tidak pernah rasa cukup? Hakikatnya kerana kita selalu mendahulukan perkara yang kurang penting berbanding yang penting. Misalnya sementara menunggu gaji, kita sudah berangan-angan hendak membeli telefon baru, baju baru dan sebagainya. Sedangkan dalam hal menunaikan zakat, tidak kita letakkan sebagai keutamaan. Meskipun hanya 2.5 peratus sahaja gaji iaitu RM25 daripada setiap RM1000, kita selalunya gagal menunaikannya. Bagi mereka yang menyertaikan skim potongan gaji atau Skim Thohir, hal ini tidak menjadi masalah kerana potongan telah dilakukan oleh majikan sebelum gaji dimasukkan ke dalam akaun. Namu...

BERZAKAT DI BULAN RAMADAN LEBIH BANYAK KEBERKATANNYA

Umat Islam akan menyambut kehadiran bulan Ramadan mulai malam ini. Selain bertarawih, umat Islam juga akan berebut-rebut untuk memberikan sedekah dan membayar zakat. Hal ini dimaklumkan oleh Tuan Hj Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ_MAIWP dalam satu sidang akhbar khas di Wisma PPZ, Kuala Lumpur pagi tadi. Menurut beliau, bulan Ramadan berbeza dengan bulan lain kerana keberkatan dan pahala orang yang melakukan kebaikan, akan digandakan oleh Allah SWT. Sebab itu, semua orang berebut-rebut untuk berbuat kebaikan misalnya dengan menginfakkan hartanya. Sesuai dengan sebuah hadis nabi mengenai seorang sahabat yang bertanya kepada Nabi SAW, “Apakah sedekah yang paling afdal?” Maka Rasullulah SAW menjawab, “Sedekah di bulan Ramadan.” Justeru, dengan kehadiran bulan mulia ini, PPZ-MAIWP telah mengangkat tema “Ramadan Dinanti, Zakat Dihati” sepanjang kempen pungutan zakat selama sebulan ini dengan menggunakan hastag  #ramadanterbaik bagi pengguna media sosial untuk turut sama berk...