Cuti persekolahan merupakan momen terbaik untuk bercuti bersama keluarga tersayang. Apa kata sebelum cuti panjang ini berakhir, bawalah keluarga menerokai Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang. Tempat ini cukup menarik dan boleh menjadi salah satu tempat tujuan untuk bercuti bersama keluarga. Ianya bukan sahaja dapat memberikan kita pendedahan yang luas tentang kehidupan gajah. Malahan, di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ini juga menggabungkan pemandangan alam, seronoklah kita berekreasi sambil dikelilingi tumbuhan hijau. Ada taman herba dalam pusat ni. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ini menempatkan beberapa ekor gajah yang telah dilatih dan digunakan untuk memindahkan gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia. Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh kumpulan dan ibu mereka. Bagi memastikan ianya terus hidup, maka anak-anak gajah ini dibawa k...