KERJA OH KERJA, DISEBABKAN TERLALU GIGIH DAN KETAGIH DENGAN KERJA RAMAI DI ANTARA KITA YANG LUPA DIRI. KESIBUKAN KERJA TELAH MEMBUATKAN KITA LUPA DENGAN KESIHATAN DAN KELUARGA SENDIRI! Disebabkan terlalu taksub dengan kerja oh kerja itulah juga membuatkan kita tidak sedar bahawa kita masih mempunyai dunia lain selain daripada karier kita. Hakikatnya masih banyak perkara yang perlu kita berikan perhatian selain daripada karier kita itu. Sebenarnya ramai di antara kita yang seolah-olah telah mendedikasikan seluruh hidupnya untuk karier. Setiap saat yang terlintas dalam otak hanyalah kerja oh kerja.Jika tidak bekerja dengan bersungguh-sungguh atau bermati-matian, kita akan rasa tidak puas. Padahal jika kita bekerja sampai bermati-matian sehingga melupakan hal-hal lain yang juga penting dalam hidup kita, ia sebenarnya hanya akan merugikan diri kita sendiri. Ada beberapa alasan yang membuatkan kita rugi dalam kehidupa akibat terlalu gigih dan ketagih bekerja. Keru...