Skip to main content

Posts

Showing posts with the label langsing

KEMBALI LANGSING DENGAN 4 SENAMAN SELEPAS BERSALIN

RASANYA TIDAK RAMAI KAUM IBU YANG MENGAMALKAN SENAMAN SELEPAS BERSALIN WALAUPUN MAHUKAN BENTUK BADAN YANG KEMBALI LANGSING DALAM MASA YANG CEPAT.   Mendapatkan kembali bentuk badan asal selepas melahirkan bukan perkara yang mudah. Apatah lagi, jika kita liat dan tidak punya semangat yang kuat untuk melakukan senaman selepas bersalin ini.   Sebenarnya senaman selepas bersalin ini penting dan perlu dilakukan secara teratur. Pilih senaman ringan yang sesuai dengan keupayaan badan kita dan jangan sesekali memaksa diri untuk bersenam sekiranya badan kita sendiri belum bersedia untuk melakukannya.   Bagi kita yang bersalin secara pembedahan, kita mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh berbanding dengan bersalin normal.   HATI-HATI LAKUKAN SENAMAN SELEPAS BERSALIN Aktiviti bersenam ini boleh dilakukan sekitar 7-12 minggu, iaitu kira-kira tiga bulan selepas bersalin. Tetapi, adalah lebih baik jika kita meminta nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakan ru...

4 MOTIVASI UNTUK KURUS YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM KITA NEKAD MENGIKAT PERUT!

SEDANG BERDIET? PERLUKAN MOTIVASI UNTUK KURUS BAGI MENDAPATKAN BENTUK BADAN YANG IDEAL? OK, BACA SAMPAI HABIS ARTIKEL INI YA! Tidak dinafikan ada banyak motivasi untuk kurus yang boleh kita praktikan. Motivasi tersebut adalah perkara pertama yang perlu kita cari sebelum kita memulakan hasrat untuk berdiet. Tentu ramai yang tiak mencari sebarang motivasi untuk kurus terlebih dahulu, yang mana kesudahan rancangan dietnya menjadi lebur. Baru sekejap rasa lapar dan ‘berpuasa’ makanan favourite , dah mula fikir untuk menangguhkan dulu atau terus berhenti berdiet. Hakikatnya, berdiet memerlukan motivasi yang kuat. Jadi, apakah motivasi untuk kurus atau diet yang sebaiknya kita pilih? BERIKUT 4 MOTIVASI UNTUK KURUS YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM KITA BERNEKAD UNTUK BERDIET : 1. SEMATA-MATA NAK NAMPAK LANGSING Berdiet kerana ingin langsing merupakan alasan yang paling  kerap kita dengar. Sebaiknya kita lakukan diet kerana ingin sihat, dan bukannya demi mendapatkan badan yang langsing semata-...