Apabila kita rancang percutian dengan baik, sudah pasti kita akan jadi lebih tenang dan seronok ketika bercuti. Bercuti sepatutnya meninggalkan kesan yang positif. Terlalu banyak kebaikan bila kita pergi bercuti ini. Jadi, jika bercuti hanya akan menimbulkan stress atau tekanan, bermakna ada yang salah. Ke mana atau berapa lamapun kita ingin bercuti, pastikan kita rancang percutian tersebut dengan baik. BACA: SEMAK KALENDAR CUTI SEKOLAH SEBELUM BERCUTI [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] BERIKUT BEBERAPA TIP RANCANG PERCUTIAN AGAR LEBIH ENJOY KETIKA BERCUTI: BUAT BAJET Jika kita mahu melakukan percutian yang panjang, bersiap sedia segala anggaran atau bajet yang perlu kita keluarkan. Sedia dan siapkan anggaran detail, termasuklah tempat penginapan, makan, minuman, pengangkutan, minyak, tol dan juga bayaran lain yang tak dijangka. Di samp...