Skip to main content

Posts

Showing posts with the label MAKAN-MAKAN

Iftar 2023 Di Concorde Hotel Shah Alam

Saat yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam sudah tiba. Kehadiran bulan Ramadan disambut meriah, tidak terkecuali sewaktu iftar. Pelbagai juadah dapat dinikmati. Untuk tahun 2023, Jabatan kulinari Concorde Hotel Shah Alam menyediakan berbagai jenis masakan tradisional Melayu yang menarik di Melting Pot Café dengan tema  tahun ini, IFTAR DI CONCORDE. Sajian Ramadan ini bermula dari 23 Mac hingga 21 April 2023. Sebanyak 4 jenis menu yang berbeza, dengan 90 hidangan lauk pauk yang menyelerakan menanti semua tetamu. Harga IFTAR DI CONCORDE ialah RM 140 bagi setiap orang dewasa, RM 108 bagi setiap warga emas dan RM 70 bagi setiap kanak-kanak berumur 5-12 tahun. Menurut Puan Amilia Alias, Pengarah Jabatan Jualan & Pemasaran, para tetamu boleh meningkatkan selera sewaktu berbuka puasa dengan pelbagai hidangan menarik yang ditawarkan oleh Concorde Hotel. Antaranya: Kerabu Sotong Suhun Utara Kerang Hijau Tumis dengan Daun Selasih Thai Kari Kepala Ikan Jenahak Tomato Bendi Kambin...

Experiment Kitchen Dan Restoran Mak Kimbong Bergabung Jayakan Projek MAHA BUFFET Terbesar Malaysia

Projek MAHA BUFFET yang mengabungkan Experiment Kitchen Dan Restoran Mak Kimbong ini akan bermula pada Ramadan kedua iaitu 25 March 2023 sehingga 20 April 2023 bermula 6.30pm – 9.30pm di Dewan C, MAEPS Serdang. Experiment Kitchen dan Restoran Mak Kimbong Otai Dunia FNB Pada 14 March lalu telah diadakan program FOOD TESTING sempena perlancaran MAHA BUFFET iaitu BUFFET BERBUKA/IFTAR TERBESAR MALAYSIA 2023. Projek MAHA BUFFET ini melibatkan dua otai dalam dunia FNB iaitu Experiment Kitchen dan Restoran Mak Kimbong yang berpengalaman lebih sedekad dalam bidang masakan. Mereka yang terkenal dengan menu tengahari seperti sotong giant bakar dan western food telah bergabung bagi menjayakan projek mega Ramadan ini. Projek MAHA BUFFET ini akan bermula pada Ramadan kedua iaitu 25 March 2023 sehingga 20 April 2023 bermula 6.30pm – 9.30pm di Dewan C, MAEPS Serdang. Lebih 200 Jenis Menu & 20 Stall Live Cooking Setiap Hari Digelar sebagai MAHA BUFFET kerana menyajikan lebih 200 jenis menu setiap ...

Buffet Ramadhan 2023 - Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam

Raikan kedatangan bulan mulia dengan menikmati Buffet Ramadhan 2023- ‘SELERA NUSANTARA’ yang  ditampilkan oleh Dewan Bankuet MBSA pada kali ini. Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, merupakan satu lokasi yang popular dengan pelbagai acara dan keramaian. Buffet Ramadhan ini bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, 6.30 petang sehingga 9.30 malam. Diketuai oleh Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara telah bersama-sama menghasilkan kompilasi hidangan nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian. Artikel Lain: Buffet Ramadan Dalam Taman Di I’dahlia Corner Nikmati 100 Sajian Buffet Ramadhan 2023 Para tetamu yang menikmati Buffet Ramadhan 2023 di Dewan Bankuet MBSA ini akan dihidangkan dengan pelbagai makanan buffet dengan lebih daripada 6 gerai, pilihan makanan tempatan yang cukup enak. Antara sajian yang dihidangkan adalah termasuk KAMBING GOLEK DENGAN SOS LADA HITAM DAN SOS DAUN MINT dan AYAM DARA GOLEK DENGAN SOS ISTIMEWA, DIM SUM, KUEW TEOW P...

I'dahlia Corner Tampilkan Aneka Menu Ala Kampung Untuk Buffet Ramadan 2023

I’dahlia Corner menawarkan aneka juadah kuih-muih serta lauk-pauk ala kampung dan moden yang cukup enak untuk dinikmati! Nikmati Buffet Ramadan Dalam Taman Di I’dahlia Corner Buat kali kedua buffet Ramadan berkonsepkan dalam taman ini dilaksanakan setelah mendapat sambutan yang menggalakan pada tahun lepas. Bagi anda yang mahu berbuka puasa di luar bersama rakan dan sanak saudara, jangan ketinggalan untuk masukkan I’dahlia Corner dalam list. Lokasi tempat nie agak strategik, berada dalam kawasan tiga segi emas atau ‘golden triangle’ dan terletak tidak jauh daripada kawasan kejiranan KLCC. Selain itu, keunikan buffet ramadan dalam taman di I’dahlia Corner adalah pengunjung dapat menikmati buka puasa dalam suasana yang santai dan selesa sambil diserikan dgn persembahan kebudayaan pada setiap hujung minggu. Artikel Lain: Buffet Ramadhan di Fairfield by Marriott KL  Menu paling mantop. Sup Tulang Meletop! Sajian Istimewa Sup Tulang Meletop Pemilik...

Buffet Ramadan Pusat Konvensyen Shah Alam Bertemakan Cita Rasa Muhibbah

Buffet Ramadan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) kembali lagi dan untuk tahun ini bertemakan “Cita Rasa Muhibbah”. Ia bermula pada 25 Mac hingga 19 April 2023. “Cita Rasa Muhibbah” Tema Menu Buffet Ramadan SACC  Menurut Ketua Pegawai Operasi, En. Mohd Yusof bin Mahmud, Malaysia terkenal dengan kepelbagaian makanan tradisional hasil daripada pencampuran budaya pelbagai kaum etnik yang telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Mengambil inspirasi daripada pencampuran budaya dan situasi masyarakat yang majmuk di Malaysia – SACC memilih “Cita Rasa Muhibbah” sebagai tema untuk menu buffet Ramadan Chef SACC yang diketuai oleh Chef Rizal Nahar bersama-sama kumpulan chef SACC menyajikan kompilasi hidangan tradisi setiap kaum dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik khas buat pengunjung SACC. Setiap kali Ramadan juga, sudah menjadi kelaziman bagi SACC untuk menyediakan hidangan utama iaitu Kambing Kebuli yang sering menjadi tumpuan pengunjung. Jangan lepaskan peluang untu...

Mee Sup Saba Pedas

Sekali sekala dapat menikmati mee sup panas dengan ramuan serai dan daun ketumbar memang cukup menyelerakan.Apatah lagi, jika ia dihasilkan itu daripada air tangan sendiri.  Resepi Mee Sup Saba Pedas Kali ini Dapur Mamanet nak berkongsi resepi yang dibawakan oleh Ayam Brand. Resepi sederhana ini tidak kurang hebat keenakannya. Tambahan pula, bahan-bahan yang diperlukan untuk memasaknya cukup mudah. Cuma, anda perlu menyediakan dua tin Ayam Brand Saba Mackerel Chili. Lepas tu, barulah boleh mencuba resepi ini. Jika anda masih keliru tak tahu nak masak apa, lagi-lagi apa ada yang mahu berkunjung ke rumah, bolehlah try menjamu para tetamu dengan hidangan ini. Sudah pasti menu ini memenuhi selera.Lagipun menu sebegini lebih mudah untuk disebdaikan berbanding dengan menu nasi yang lebih renyah. Nak kena prepare lauk pauk pula kan. Jadi, jomlah kita buat. Bahan-bahan yang diperlukan untuk penyediannya pun senang dan masakpun cepat. Mee Sup Saba Pedas *  Untuk 4 hidangan Bahan-Bahan...

Buffet Ramadhan di Fairfield by Marriott KL

Buffet Ramadhan di Fairfield by Marriott KL untuk tahun 2023 ini tampil dengan pelbagai seleksi makanan. Hampir 150 menu yang cukup menyelerakan menanti para pengunjung. Buffet ini dibuka pada  24hb Mac hingga 19hb April 2023, bertempat di Restoran Lesung. Kawasan buffet Ramadhan ini mampu menempatkan sehingga lebih kurang 100 pax sahaja dalam satu masa. Buffet Ramadhan 2023 : Fairfield by Marriott KL Harga yang ditetapkan untuk buffet ini adalah RM148nett untuk dewasa, RM78nett untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun (bawah empat tahun percuma) dan untuk dewasa yang membuat tempahan awal (early bird) RM108 nett. Artikel Lain: Buffet Ramadhan 2023: Hotel Royal Kuala Lumpur Masakan Ala Kampung Cukup Menyelerakan Kalau anda merindui masakan ala kampung bolehlah menikmatinya. Serius semua menu tu sedap-sedap belaka. Antara hidangan masakan Melayu yang disediakan termasuklah Nasi Minyak Nusantara, Gulai Ikan Tenggiri Tempoyak, Sambal Udang Petai, Ikan Bakar dan Asam Pedas Ekor Lemb...

Magical Unicool Coolblog, Sedap!

Wow, dah try ke siri Magical Unicool ? Untuk promosi masa terhad, Coolblog menawarkan topping Fluffy Cloud Bits yang akan menyerlahkan lagi kelazatan Magical Unicool. Sudah pasti ia akan  menjadi kegemaran ramai, terutama pencinta Coolblog.Sebagai jenama dan perintis bagi perniagaan pencuci mulut dan minuman Halal berasaskan kios di Malaysia, Coolblog terus berusaha untuk mencipta minuman yang dinikmati ramai. Di samping itu, mereka turut memastikan keenakan rasa, kepelbagaian pilihan perisa serta harga yang berbaloi. Unicool Twinkle lazat memikat! ADA TIGA PERISA SIRI MAGICAL UNICOOL COOLBLOG Siri ini tersedia dalam tiga perisa iaitu Unicool Magical, Unicool Dazzle dan Unicool Twinkle.  Diinspirasikan daripada Unicorn, minuman berasaskan rona pelangi, diserlahkan lagi dengan limpahan marshmallow bersaiz mini yang gebu dan berwarna-warni. Artikel Lain: Buffet Ramadhan 2023: Hotel Royal Kuala Lumpur Menurut Ashida Arshad, Pengurus Kempen Pemasaran Coolblog, siri tersebut telah...