Skip to main content

Buffet Ramadhan di Fairfield by Marriott KL

Buffet Ramadhan Fairfield

Buffet Ramadhan di Fairfield by Marriott KL untuk tahun 2023 ini tampil dengan pelbagai seleksi makanan. Hampir 150 menu yang cukup menyelerakan menanti para pengunjung.

Buffet ini dibuka pada  24hb Mac hingga 19hb April 2023, bertempat di Restoran Lesung. Kawasan buffet Ramadhan ini mampu menempatkan sehingga lebih kurang 100 pax sahaja dalam satu masa.

Buffet Ramadhan 2023 : Fairfield by Marriott KL

Buffet Ramadhan Fairfield

Harga yang ditetapkan untuk buffet ini adalah RM148nett untuk dewasa, RM78nett untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun (bawah empat tahun percuma) dan untuk dewasa yang membuat tempahan awal (early bird) RM108 nett.

Artikel Lain: Buffet Ramadhan 2023: Hotel Royal Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan Fairfield

Masakan Ala Kampung Cukup Menyelerakan

Kalau anda merindui masakan ala kampung bolehlah menikmatinya. Serius semua menu tu sedap-sedap belaka. Antara hidangan masakan Melayu yang disediakan termasuklah Nasi Minyak Nusantara, Gulai Ikan Tenggiri Tempoyak, Sambal Udang Petai, Ikan Bakar dan Asam Pedas Ekor Lembu Belimbing Buluh.

Buffet Ramadhan Fairfield
Buffet Ramadhan Fairfield
Buffet Ramadhan Fairfield
Buffet Ramadhan Fairfield

Jika berada di sekitar Kuala Lumpur, dan korang mencari-cari port untuk berbuka puasa, korang boleh sangat-sangat menikmati Buffet Ramadhan, Fairfield by Marriott Kuala Lumpur. Ia terletak di Jalan Pahang.

Artikel Lain: Buffet Ramadhan 2023: Santapan Ummis Hijau Kasturi

Kalau berjalan kaki, adalah dalam lima minit dari stesen monorail dan LRT. Jadi, sangat mudah. Dan yang best juga, sambil menikmati juadah berbuka yang lazat, termasuk merasai hidangan Sup Gearbox yang dihidangkan bersama Roti Benggali, Satay dan Durian D24, berpeluang menyaksikan panorama indah Kuala Lumpur.

Buffet Ramadhan Fairfield
Fairfield by Marriott Kuala Lumpur

Di samping itu, anda boleh juga menikmati rangkaian Pencuci Mulut tempatan yang banyak pilihan. Bagi yang suka kuih-muih Melayu Tempatan, memang tidak mengecewakan. Ada banyak pilihan.

Fairfield by Marriott Kuala Lumpur
Fairfield by Marriott Kuala Lumpur

Jadi apa yang ditunggu lagi, ayuh ajak keluarga ataupun kawan-kawan berbuka puasa di Fairfield by Marriott Kuala Lumpur. Oh ya, untuk menunaikan Solat Maghrib dan Terawih, surau disediakan di level S.

Fairfield by Marriott Kuala Lumpur

Anda bolehlah membuat tempahan dengan hubungi 03-2777 7777 (samb.747) atau

WhatsApp +60 10-760 5455 / +60 18-918 7561 (En. Saiful – Pengurus Restoran)

Para tetamu juga disarankan untuk membuat tempahan dan RSVP tiga hari sebelumnya jika mahu menikmati Buffet Ramadhan di Fairfield by Marriott Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...