Skip to main content

Posts

Showing posts with the label schizophrenia

SAYA SUKAR MENANGIS, ADAKAH SAYA NORMAL ATAU SEDANG DEPRESI?

Ada yang mengeluh, ‘Saya memang sedih tapi saya sukar menangis!’ Mungkin anda akan menganggap yang bahawa orang yang tidak boleh menangis itu keras hati. Benarkah begitu? Hakikatnya, bukan semua orang mampu menangis. Ada yang memang tidak boleh hendak menangis walau pun dalam keadaan yang teramat sedih. Pelik bukan? Pasti  anda tertanya-tanya kenapa sukar menangis ini boleh berlaku? Sedangkan kita telah ketahui bahawa menangis itu ada banyak kebaikannya. Menangis itu hak semua orang. Tanggapan bahawa air mata itu teman baik wanita adalah tidak benar sama-sekali. Tidak semua wanita mudah menangis dan tidak semua lelaki sukar menangis. Jika lelaki menangis sekali pun bukanlah bererti dia lemah. Bahkan, antara tidak mahu menangis dan tidak boleh menangis ada bezanya. MARI KITA LIHAT 3 SEBAB KENAPA SUKAR MENANGIS BOLEH TERJADI: Faktor Perubatan Satu kajian telah mendapati bahawa masalah genetik boleh menyebabkan seseorang tidak ada air mata. Hal ini telah berlaku kepada seorang kanak-kanak...