Skip to main content

Posts

Showing posts with the label muka

MARY KAY PERKENAL FORMULASI BARU TIMEWISE® REPLENISHING SERUM+C

Inginkan wajah yang lebih licin, cerah, awet muda, sihat dan menawan? Formulasi baru TimeWise® Replenishing Serum+C® daripada Mary Kay ini mampu membantu membuatkan kulit wajah anda menjadi lebih terserlah.   Rata-rata kita tahu vitamin C memang baik untuk kita. Malah, kebiasaannya adalah mengambil pil Vitamin C sebagai suplemen. Walau apa pun sebabnya, pengambilan Vitamin C memang banyak membantu kulit dan badan kita.   Serum  formulasi baru TimeWise® Replenishing Serum+C® yang kaya antioksidan ini diperhebatkan lagi dengan pati campuran pelbagai botanikal efektif yang mengandungi kadar Vitamin C yang tinggi.   Ia mampu melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang memberi kesan kepada ketegangan dan definisi kulit. Hasilnya, kulit wajah yang lebih terserlah!   Vitamin C adalah sejenis antioksidan yang memberikan pelbagai manfaat, termasuk pertahanan terhadap radikal bebas, meningkatkan pengeluaran kolagen dan mencegah penuaan kuli...

7 CARA HILANGKAN LEMAK BAWAH DAGU PALING MUDAH DAN BERKESAN

Kewujudan lemak bawah dagu atau double chin boleh terjadi pada sesiapapun terutama orang gemuk. Jika anda berhadapan dengan masalah ini adalah lebih baik jika anda mengetahui cara hilangkan lemak bawah dagu ini dengan cara yang paling mudah dan berkesan!   Selain obesiti yang menjadi faktor utama penyebab lemak di bawah dagu, faktor genetik atau keturunan juga memainkan peranan penting kemunculannya. Lagi satu, lemak di bawah dagu juga boleh disebabkan oleh masalah penuaan. Sekiranya sewaktu muda anda sudah memiliki lemak di bawah dagu, keadaan akan jadi bertambah buruk apabila anda meningkat usia tua nanti.   Sungguhpun begitu, jangan risau ya. Anda tidak tidak perlu melakukan pembedahan untuk menghilangnya kerana ada beberapa cara hilangkan lemak bawah dagu secara semulajadi yang boleh anda cuba. Cara  Hilangkan Lemak Bawah Dagu: Senaman Dagu Caranya senang sahaja, buka mulut anda luas-luas. Kemudian, cuba tarik dan kuatkan lemak dengan tangan. Lakukannya selama 60 saat pada...

NAK MEKAP NAMPAK FLAWLESS? IKUT 6 TEKNIK PAKAI FOUNDATION INI!

FOUNDATION MERUPAKAN SALAH SATU ITEM SOLEKAN YANG CUKUP PENTING. PEMAKAIAN FOUNDATION  ATAU BEDAK ASAS DAPAT MEMBANTU MERATAKAN WARNA KULIT, MENYAMARKAN SEGALA NODA DAN BUAT KULIT MUKA KITA NAMPAK FLAWLESS . JADI, KITA KENA TAHU TEKNIK PAKAI FOUNDATION YANG BETUL SUPAYA MUKA KITA TIDAK NAMPAK SEPERTI TOPENG!   Ada di antara kita yang merasakan terlalu sukar untuk memakai foundation . Hakikatnya tidaklah sesukar mana, asalkan kita tahu teknik pakai foundation yang tepat. Tak kiralah foundation yang kita pilih itu berbentuk cecair ataupun padat.   BERIKUT BEBERAPA TEKNIK PAKAI FOUNDATION YANG TEPAT:   PILIH FOUNDATION SESUAI DENGAN WARNA KULIT Bagi mendapatkan hasil foundation yang sempurna, kita perlu pastikan juga foundation yang kita pilih itu sesuai dengan kulit kita. Pemakaian foundation yang tidak sesuai boleh merosakkan penampilan dan hasil mekap kita.   Ada di antara kita memilih warna foundation satu atau dua, lebih cerah daripada warna asli kulit kita. I...

5 SOLUSI MERAWAT KULIT MUKA MASA CUACA PANAS TERIK

KUNCI UTAMA MILIKI KULIT YANG  CANTIK  ADALAH BAGAIMANA CARA KITA MERAWAT KULIT MUKA SUPAYA KESIHATAN KULIT KEKAL SIHAT TERUTAMA DALAM KEADAAN CUACA YANG PANAS TERIK.   Tidak dinafikan kebanyakan daripada  kita lebih selesa mengenakan mekap di muka supaya nampak lebih cantik dan segar.   Dalam keadaan cuaca panas macam sekarang ni, kulit muka kita boleh nampak kering dan kusam walaupun mengenakan mekap.   Bagi menghindarinya kita boleh melakukan beberapa cara untuk merawat kulit muka kita agar kembali sihat dan berseri. TIP MERAWAT KULIT MUKA DALAM KEADAAN CUACA PANAS:   PAKAI PELEMBAB Kulit muka memerlukan pelembab supaya tidak kering demi menjaga kesihatan kulit muka.   Selain itu, pelembab muka yang mengandungi UV protection dapat melindungi kulit daripada sinaran matahari yang terik. KRIM PELINDUNG MATAHARI Ketika dalam keadaan cuaca yang panas atau terik, perkara yang penting adalah memakai krim pelindung matahari.  Cara ini mampu merawat kulit muka kita su...

5 SOLUSI BERKESAN MEMILIKI BULU MATA LENTIK CANTIK MENAWAN

ALANGKAH BERTUAHNYA KALAU KITA MEMPUNYAI BULU MATA LENTIK DAN PANJANG. TAK PAYAH NAK PAKAI MASKARA ATAUPUN BULU MATA PALSU!   Sebelum mengetahui apa yang membuat bulu mata lentik dan panjang secara semulajadi, adalah lebih baik kita mengetahui penyebab bulu mata kurang menarik.   Antaranya adalah disebabkan faktor usia, genetik atau keturunan, penggunaan alat penyepit bulu mata yang terlalu kuat, tidak membersihkan sisa-sisa maskara yang dipakai ataupun terlalu kerap menggosok-gosok mata.   BERIKUT CARA YANG BOLEH DIPRAKTIKKAN BAGI MENDAPATKAN BULU MATA LENTIK SECARA SEMULAJADI:   MINYAK ZAITUN Sejak dahulu lagi minyak zaitun sudah terkenal dengan sejuta khasiatnya. Untuk mendapatkan bulu mata lentik dengan manfaat minyak zaitun, oleskannya pada bulu mata.   Minyak zaitun ini sebaiknya disapukan pada malam hari sebelum tidur secara teratur sehingga bulu mata lentik dan panjang.   Cara pemakaiannya juga mudah, kita hanya perlu menyapu minyak zaitun pada kelopak b...

9 KUNCI MUKA AWET MUDA DAN BERSERI-SERI

MUSIM RAYA NI PASTI SEMUA NAK CANTIK DAN BERSERI. KALAU BOLEH SEMUA KEDUTAN ATAUPUN GARIS-GARIS HALUS TAK MAHU KELIHATAN. BIAR SEMUA ORANG TANYA, ‘APA RAHSIA MUKA AWET MUDA?’   Kunci utama muka awet muda ialah pemakanan kita. Pengambilan makanan  yang tepat boleh membantu kita mengatasi dan  mencegah masalah kecantikan yang boleh membuatkan muka awet muda kita jelas terserlah.   Ia mampu menyamarkan kedutan, membuatkan muka kita nampak lebih cerah dan berseri, rambut lebih sinar dan kuku kita jadi lebih kuat. BERIKUT 9 MAKANAN YANG BOLEH MEMBUAT MUKA AWET MUDA   BLUEBERI Pengambilan ekstrak buah blueberi dikatakan dapat mencerahkan dan meratakan warna kulit serta melawan kerosakan kulit disebabkan oleh radikal bebas.   Selain itu, buah ini juga mengandungi vitamin C dan E. Vitamin-vitamin ini mencegah penuaan dengan menghalang zat-zat kimia berbahaya dari badan yang membawa efek jangka panjang pada organ badan.   TOMATO Tomato mengandungi lycopene yang mampu me...

6 JENIS MASK MUKA DAN FUNGSINYA SEBAGAI SOLUSI MUKA KUSAM YANG PERLU ANDA TAHU

[btn text=”LIKE & SHARE HARIAN WANITA ONLINE (MAMANET)” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”] SALAH SATU PENJAGAAN WAJAH YANG PALING EFEKTIF ADALAH DENGAN PEMAKAIAN MASK MUKA. Mask muka atau makser wajah mempunyai manfaat untuk mengatasi masalah kulit kusam, berjerawat, kering ataupun kulit muka bertompok-tompok. Sebenarnya masih ramai di antara kita yang malas melakukan penjagaan kulit muka dengan memakai masker wajah.Padahal, ia sangat bagus dan memberikan banyak kebaikan pada kulit muka kita. Bagi yang mempunyai kulit muka jenis kering dan sensitif, mask muka ini dapat memberikan manfaat untuk melembabkan sekaligus menenangkan kulit muka. JANGAN TAHU BELI DAN PAKAI SAHAJA!   JOM KENALI JENIS MASK MUKA ATAU MASKER MUKA TERLEBIH DAHULU 1. MASKER PEEL-OFF Biasanya apabila kita pakai mask muka jenis gel ini, muka tidak perlu dibilas selepas memakainya. Ketika dilekatkan ke muka ki...

KETAHUI 6 MANFAAT LUAR BIASA CUKA EPAL YANG TAK PERNAH KITA TAHU!

Ada pelbagai cuka di pasaran antaranya cuka putih, cuka epal, cuka kurma, cuka anggur dan banyak lagi. Kali ini Mamanet ingin bercerita tentang cuka epal. Cuka merupakan antara makanan tertua di dunia dan sebenarnya mempunyai  seribu satu khasiat yang tidak  dihiraukan oleh generasi muda. Ada dua jenis cuka epal, iaitu cuka dari proses fermentasi pati epal dan satu lagi, cuka yang diperbuat dari pati epal beralkohol (cider). Biasanya ia digunakan sebagai penambah rasa asam pada makanan atau boleh juga dijadikan sebagai pengawet semulajadi makanan. Ia mengandungi banyak nutrisi di dalamnya, antaranya natrium, kalium, fostor, klorida, tembaga, pectin, vitamin A, B (B1,B2 dan B6), C dan E. Meminumnya pada setiap hari dikatakan dapat membantu memperbaiki sistem penghadaman dan menyembuhkan pelbagai penyakit kronik seperti depresi, kepenatan, arthritis dan menurunkan kadar tekanan darah dan kolesterol dalam badan. BERIKUT BEBERAPA KEBAIKAN LUAR BIASA CUKA EPAL MENGURANGKAN RISIKO TERKENA KA...