Skip to main content

NAK MEKAP NAMPAK FLAWLESS? IKUT 6 TEKNIK PAKAI FOUNDATION INI!

FOUNDATION MERUPAKAN SALAH SATU ITEM SOLEKAN YANG CUKUP PENTING. PEMAKAIAN FOUNDATION ATAU BEDAK ASAS DAPAT MEMBANTU MERATAKAN WARNA KULIT, MENYAMARKAN SEGALA NODA DAN BUAT KULIT MUKA KITA NAMPAK FLAWLESS. JADI, KITA KENA TAHU TEKNIK PAKAI FOUNDATION YANG BETUL SUPAYA MUKA KITA TIDAK NAMPAK SEPERTI TOPENG!

 

Ada di antara kita yang merasakan terlalu sukar untuk memakai foundation. Hakikatnya tidaklah sesukar mana, asalkan kita tahu teknik pakai foundation yang tepat. Tak kiralah foundation yang kita pilih itu berbentuk cecair ataupun padat.

teknik pakai foundation

 

BERIKUT BEBERAPA TEKNIK PAKAI FOUNDATION YANG TEPAT:

 

  1. PILIH FOUNDATION SESUAI DENGAN WARNA KULIT

Bagi mendapatkan hasil foundation yang sempurna, kita perlu pastikan juga foundation yang kita pilih itu sesuai dengan kulit kita. Pemakaian foundation yang tidak sesuai boleh merosakkan penampilan dan hasil mekap kita.

 

Ada di antara kita memilih warna foundation satu atau dua, lebih cerah daripada warna asli kulit kita. Ini membuatkan warna foundation menjadi tidak serasi dengan warna kulit kita. Sebaiknya pilih foundation yang dekat-dekat dengan warna asli kulit muka kita bagi mendapatkan hasil mekap yang lebih menawan.

teknik pakai foundation

 

  1. JANGAN LUPA BERSIHKAN MUKA TERLEBIH DAHULU

Sebelum mengaplikasikan foundation, kita perlu membersihkan muka kita terlebih dahulu. Cuci tangan menggunakan sabun sebelum kita menyentuh muka supaya kulit muka tidak terkena kuman ataupun bakteria.

 

Untuk kulit berminyak, gunakan pembersih muka yang mengandungi minyak tea tree atau salicylic acid supaya kulit muka kelihatan segar dan tidak cepat nampak berkilat atau berminyak.

teknik pakai foundation

 

  1. GUNAKAN BERUS ATAU SPONGE (BEAUTY BLENDER)

Ramai yang memilih untuk menggunakan jari tangan ketika memakai foundation.  Namun cara terbaik memakai foundation adalah dengan menggunakan berus ataupun span. Ini adalah kerana jangkauannya lebih luas dan hasilnya lebih rata.

 

Biasanya selepas memakai foundation, jika  ternampak ada bahagian yang pecah atau flaky, jangan sekali-kali hapuskannya dengan makeup remover dan kemudiannya memakai semula foundation tersebut.

 

Teknik pakai foundation yang tepat menyarankan kita mengambil span atau beauty blender, kemudian letakkan sedikit face oil atau krim pelembab, lalu perlahan-lahan tekan kawasan flaky tersebut sehingga foundation tersebut kembali merata.

teknik pakai foundation

 

  1. WAJIB PAKAI PELEMBAB

Kunci utama supaya foundation yang dipakai dapat berfungsi dengan baik ialah apabila kulit muka kita bersih dan lembap. Pilih pelembab dengan kandungan yang ringan supaya lebih menyatu dengan kulit muka kita.

 

Jika kita kerap berada di luar atau terdedah kepada cahaya matahari, sebaiknya pakai pelembab yang mengandungi SPF. Setelah memakai pelembab, krim pelindung matahari, biarkan selama dua hingga lima minit sebelum memakai foundation.

 

Untuk mendapatkan hasil solekan yang lebih sempurna, biarkan kandungan pelembab menyerap masuk atau bekerja sesuai dengan fungsinya ke dalam kulit dan menyatu dengan foundation yang dipakai nanti.

 

Jika kesan-kesan hitam atau bekas-bekas jerawat masih kelihatan, kita boleh samarkan dengan concealer setelah menggunakan foundation tersebut. Ingat ya, selepas membersihkan muka, segera sapukan pelembab dan jangan tunggu lebih daripada satu minit.

 

teknik pakai foundation

 

  1. LIMA PUSAT PERHATIAN MUKA

Aplikasikan foundation pada lima pusat perhatian muka yang utama iaitu dahi, pipi kanan, pipi kiri, dagu dan hujung hidung. Kemudian baurkan menggunakan berus atau span khas untuk foundation.

teknik pakai foundation

 

  1. PAKAI BEDAK

Teknik pakai foundation terakhir yang penting dan perlu diambil kira adalah dengan menyempurnakan penampilan kita dengan bedak muka yang bertekstur ringan. Sapukan bedak menggunakan powder brush di seluruh kulit muka yang sudah diaplikasikan foundation.

 

Bedak jenis transparent atau translucent  sesuai digunakan jika kita mahu penampilan yang semulajadi. Bagi muka jeis berminyak, sebaiknya pakailah bedak tabur. Bagi kulit jenis normal dan cenderung kering, pilih bedak jenis padat.

teknik pakai foundation

 

Kulit muka akan kelihatan lebih gebu dan bersinar!

 

BACA 5 JENIS FOUNDATION YANG BAGUS AGAR MUKA NAMPAK CANTIK DAN MULUS

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .