Skip to main content

Posts

Showing posts with the label sensitif

8 SOLUSI UNTUK MELEGAKAN SAKIT PERUT MEMULAS ATAU SENSITIF

DI ANTARA KITA PASTI PERNAH MENGALAMI KEADAAN DI MANA PERUT MEMULAS SECARA TIBA-TIBA. SAKITNYA HANYA TUHAN SAHAJA YANG TAHU! Penyebab perut memulas biasanya disebabkan masalah penghadaman. Salah satunya adalah kerana makanan yang kita ambil. Makanan yang terlalu pedas atau masam boleh membuatkan kita mengalami masalah perut memulas atau perut sensitif ini. Ada juga yang mengalaminya disebabkan pengambilan susu. Rasa perut memulas yang normal merupakan rangsangan untuk segera membuang air besar, membuang air kecil, sendawa ataupun kentut (membuang angin). Lebih baik jika kita mengenali penyebabnya dan adakah perut memulas itu sesuatu yang normal ataupun tidak normal yang boleh menyebabkan suatu penyakit. UNTUK MENCEGAHNYA TIDAKLAH SESUKAR MANA, BERIKUT INI 6 TIP YANG BOLEH DILAKUKAN SUPAYA PERUT TIDAK MEMULAS LAGI. 1. ELAKKAN MAKAN TERGESA-GESA Semakin lama kita mengunyah makanan, semakin baik makanan akan dihadamkan. Usus dan organ penghadaman lainnya akan memproses makanan yang ma...

JANGAN SALAH PILIH PRODUK UNTUK KULIT SENSITIF. SEMAK 3 JENIS PRODUK TERBAIK

KULIT MUKA KITA TERMASUK DALAM KATEGORI KULIT YANG SENSITIF. JADI, KITA PERLU LEBIH SELEKTIF DALAM MEMILIH PRODUK UNTUK KULIT SENSITIF. Ini adalah kerana kulit yang sensitif memerlukan penjagaan ekstra kerana ia lebih mudah ditumbuhi jerawat serta mengalami permasalahan kulit yang lain. Bukan itu sahaja, kulit yang sensitif juga mempunyai tindakbalas cepat terhadap produk tertentu, bahan kimia, cuaca panas ataupun keadaan persekitaran. Biasanya kulit akan kelihatan kemerahan, berjerawat dan juga mengalami iritiasi. PENYEBAB KULIT MENJADI SENSITIF Menggunakan pembersih muka yang tidak sesuai dengan jenis kulit. Penggunaan kosmetik yang sembarangan . Kulit muka sudah tercemar merkuri kerana menggunakan kosmetik berbahaya, sehingga kulit muka menjadi kemerahan dan sensitif. Kerap terdedah pada keadaan cuaca yang panas. Faktor genetik. Ketidakseimbangan  hormon, sering terjadi pada para remaja. CIRI-CIRI KULIT SENSITIF Kulit muka cepat kemerahan apabila terkena sinaran cahaya matahari. Kul...

INI DIA PENYEBAB DAN CARA MENGATASI GATAL-GATAL PADA KULIT KETIKA MENGANDUNG

Gatal-gatal pada kulit ketika mengandung adalah perkara yang normal dan biasanya muncul di trimester ketiga (7-9 bulan). Gatal gatal pada kulit ibu mengandung biasanya terjadi di sekitar perut dan payudara. Ini disebabkan oleh perubahan hormon. Peningkatan hormone chorionic gonadotropin dan hormone estrogen sering menjadi penyebab utama timbulnya gangguan kesihatan ini. Regangan yang terjadi pada kulit disebabkan semakin membesarnya payudara dan perut juga boleh menjadi penyebab gatal-gatal pada kulit ibu mengandung. Namun, tidak semua ibu mengandung yang merasakan kegatalan ini. Masalah gatal-gatal pada kulit ibu mengandung biasanya muncul pada trimester ketiga kehamilan. Gejala ini akan terus menjadi parah seiring dengan perkembangan tahap kehamilan.  Apatah lagi, jika dibiarkan begitu sahaja. Rasa gatal tersebut akan jadi semakin menggila dan tentunya sangat menganggu aktiviti harian ibu mengandung. Rasa gatal ini berbeza-beza pada setiap ibu mengandung, dan kerap menyerang di k...