Sudah mencuba pelbagai jenis pekerjaan tapi tak ada satu pun kerja yang sesuai dengan jiwa kita. Kenapa ya? Hurmm… boleh jadi juga disebabkan kita belum mengetahui sifat atau karakter diri kita yang sebenarnya. Mungkin juga kita ni seorang yang introvert ! Biasanya orang yang tergolong dalam kategori introvert cenderung susah selesa dalam pekerjaannya. Bukannya mereka tidak suka dengan pekerjaan tersebut, tetapi keadaan persekitaran kerja yang memerlukan mereka bertemu dan berkomunikasi dengan ramai orang adakalanya membuatkan tuan empunya diri berasa tidak selesa. Itulah sebabnya seseorang yang introvert berasa serba kekurangan atau kurang yakin jika bekerja di bidang-bidang pekerjaan yang memerlukannya bersosial dengan ramai orang. Apa yang menariknya, seseorang yang introvert mampu bekerja secara berdikari yang tidak perlu campur tangan ramai orang. Sungguhpun begitu bukan bermakna seseorang yang introvert tidak memerlukan bantuan orang lain atau tidak mahu berkomunikasi denga...