Okyaku-sama konnichiwa! Tahun ini dalam pengembaraan Around the World bersama Marrybrown, kita akan singgah ke Jepun! Negara yang dikenali dengan keindahan bunga sakura yang mekar ketika musim bunga serta menikmat gastronomi yang menggiurkan, Marrybrown memperkenalkan menu terbaharu mereka iaitu Oishii Japan yang pasti memikat citarasa anda! Kali ini dengan menyatukan rasa Teriyaki Wasabi, ia boleh didapati di cawangan Marrybrown di seluruh negara mulai sekarang sehingga 7 Ogos. Selama lebih 40 tahun, Marrybrown telah berusaha untuk menghidangkan “something different”. Sementara itu, kempen Around the World merupakan inisiatif Marrybrown untuk menyediakan dan membawa variasi menu dari serata dunia kepada para pelanggan seperti Korea, Thailand dan Itali. Tahun ini, sekali lagi menu diperhebatkan dengan menghidangkan menu baharu yang menyelerakan. Makanan Jepun Lazat & Menyelerakan “Jepun mempunyai pelbagai jenis makanan lazat yang menyelerakan untuk memi...