Skip to main content

MENGEMBARA BERSAMA MARRYBROWN MENERUSI MENU OISHII BAHARU!

Okyaku-sama konnichiwa! Tahun ini dalam pengembaraan Around the World bersama Marrybrown, kita akan singgah ke Jepun! 

Negara yang dikenali dengan keindahan bunga sakura yang mekar ketika musim bunga serta menikmat gastronomi yang menggiurkan, Marrybrown memperkenalkan menu terbaharu mereka iaitu Oishii Japan yang pasti memikat citarasa anda! 

Kali ini dengan menyatukan rasa Teriyaki Wasabi, ia boleh didapati di cawangan Marrybrown di seluruh negara mulai sekarang sehingga 7 Ogos.

Selama lebih 40 tahun, Marrybrown telah berusaha untuk menghidangkan “something different”. Sementara itu, kempen Around the World merupakan inisiatif Marrybrown untuk menyediakan dan membawa variasi menu dari serata dunia kepada para pelanggan seperti Korea, Thailand dan Itali. Tahun ini, sekali lagi menu diperhebatkan dengan menghidangkan menu baharu yang menyelerakan. 

Makanan Jepun Lazat & Menyelerakan

“Jepun mempunyai pelbagai jenis makanan lazat yang menyelerakan untuk memikat hati anda. Ciri-ciri makanan Jepun boleh dikatakan hampir serupa dengan masakan Malaysia, dimana kedua-duanya sedap, segar, lengkap, dan unik bagi setiap hidangan. Itulah sebabnya rakyat Malaysia mudah menerima makanan Jepun dan berasa amat selesa dengan hidangan dari negara matahari terbit itu. 

Oleh yang demikian, kami tidak sabar untuk memperkenalkan menu Oishii Japan kami yang unik namun sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Sedap tak terkata menu terbaru Marrybrown Oishii Japan ini

Penggemar boleh menikmati kepuasan menu Marrybrown Oishii Japan dengan gabungan sos Teriyaki yang manis memikat dengan rasa kepedasan wasabi. Namun, keseronokan tidak berakhir di situ kerana menu Marrybrown Oishii Japan membawa kejutan unik dalam hidangan Oishii mereka. Roti burger Oishii disertakan Sakura Fizz berwarna merah jambu, menggambarkan keindahan pokok bunga sakura. Hidangan istimewa ini disediakan sebegitu untuk membawa para penggemar mengembara ke Jepun lalu membayangkan diri mereka sedang berjalan-jalan di kota Tokyo sambil menjamu selera. 

Penggemar kini boleh mencuba kombo 2 ketul Ayam Oishii yang diiringi potato wedges dan Sakura Fizz, yang boleh didapati secara eksklusif di Marrybrown, harga bermula dari RM 20.50. Mereka yang ingin mencuba citarasa Kombo Oishii Rice Bowl, dimana ayam rangup Marrybrown diselaputi sos Teriyaki Wasabi, dengan hidangan nasi dan Sakura Fizz, harga bermula dari RM 12.90. 

Kombo Burger Marybrown Oishii cukup menyelerakan!

Sebagai alternatif, para penggemar juga boleh mendapatkan Kombo Burger Marrybrown Oishii yang didatangkan dengan Burger Oishii, potato wedges dan Sakura Fizz, harga bermula dari RM 15.30.

Anda tidak pasti hidangan yang mana satu? Jangan risau, anda boleh mencuba kesemuanya dengan Marrybrown’s Oishii Box Meal yang didatangkan dengan Oishii Burger, 1 ketul Ayam Oishii, potato wedges dan Sakura Fizz, harga bermula dari RM 23.90.

Kena cuba, baru tau! Rasai keenakan Oishii sebenar!

Menggabungkan Kualiti Ramuan Istimewa

“Kami yakin bahawa menu Oishii Japan akan menarik minat semua penggemar kerana gabungan kualiti ramuan yang istimewa dan R&D untuk menu ini memang adalah something different yang akan menyelerakan untuk semua. Kami tidak sabar untuk meminta rakyat Malaysia mencuba menu Jepun kami dan merasai OISHII sebenar,” kata Dato’ Joshua.

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, aplikasi MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran mereka, sila layari:

Laman web: https://marrybrown.com/

Aplikasi MB: https://mbapp.marrybrown.com/

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: Marrybrownmy

YouTube: MarrybrownTV

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .