Fibroid rahim (leiomioma atau mioma) adalah sejenis tumor dalam rahim yang paling biasa dan tidak berbahaya yang terjadi di dalam otot rahim, yang apabila simptomatik, boleh membawa kepada pelbagai simptom seperti pendarahan rahim yang tidak normal, anemia, rasa tekanan pada bahagian pelvis, masalah lemah kawalan kencing atau penahanan kencing, atau kesakitan. Hampir separuh daripada wanita berusia di antara 35 hingga 49 tahun mengalami fibroid rahim, dengan 30% daripada mereka menderitai simptom-simptom yang boleh membawa kesan yang besar ke atas kualiti hidup mereka. Satu kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini yang melibatkan 21,000 wanita dari lapan negara menunjukkan fibroid rahim simptomatik menyebabkan kesan yang negatif ke atas kehidupan seksual (43%), prestasi di tempat kerja (28%), serta hubungan dan keluarga. Fibroid dalam rahim juga dikaitkan dengan masalah reproduktif seperti ketidaksuburan dan keguguran. [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolo...