Skip to main content

Posts

Showing posts with the label resepi duduk rumah

JOM, CUBA 7 RESEPI CEPAT DAN MUDAH SEMPENA PKP #DudukRumah

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tentu ramai yang dah buntu nak masak apa. Marilah kita sama-sama mencuba resipi mudah dan cepat ini dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Hidangan atau resepi yang dibawakan oleh Ayam Brand ini adalah ringkas dan memerlukan penyediaan bahan masakan yang minimum. Padankan dengan pilihan karbohidrat untuk melengkapkan hidangan. Jika anda tidak mempunyai bahan yang dinyatakan, gunalah apa saja yang ada mengikut citarasa anda. Tiada dapur api atau ketuhar? Anda boleh gunakan Ketuhar Gelombang Mikro di rumah untuk menyediakan beberapa hidangan ini. 1.     Satu Pan Kacang Panggang dengan Telur Anda mempunyai satu tin kacang panggang, telur dan beberapa rempah asas? Anda boleh menyediakan kacang panggang dengan telur ini di dalam pan. Kacang panggang dan telur adalah sumber protein yang baik, mengandungi zat vitamin dan mineral. Kombinasi kacang panggang Ayam Brand™ yang manis dan telur sangat enak....