Skip to main content

Posts

Showing posts with the label tunai

TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP CARA MUDAH AJAR ANAK MENABUNG

Sediakan payung sebelum hujan! Menabung, selain berguna untuk masa depan, kebiasaan menabung turut mampu membentuk keperibadian anak! Sebagai ibu bapa kita perlu mendidik atau mengajar anak menabung sejak kecil. Justeru, ini ada berita baik. PPZ-MAIWP telah memperkenalkan Tabung Didik Zakat bagi mendidik anak-anak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat. Tabung Didik Zakat ini boleh dijadikan tempat menyimpan duit terbaik ,selain daripada disimpan di bank-bank dan sebagainya. Menabung dalam Tabung Didik Zakat ini mampu menggalakkan kanak-kanak belajar menguruskan perbelanjaan. Tabung Didik Zakat Ppz-Maiwp Tabung didik ini merupakan salah cara untuk mendidik generasi muda ‘alert’ dengan zakat. Menunaikan zakat itu merupakan satu tuntuan Allah s.w.t kepada seluruh umat Islam yang telah cukup syarat-syarat berzakat. Dengan mendidik dan memperkenalkan cara menjaga kewangan yang baik serta kewajipan berzakat, insya-Allah anak-anak ini akan membesar menjadi peribadi yang lebih bertanggungjawab...

PERKHIDMATAN KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ-MAIWP MUDAHKAN BAYAR ZAKAT

Hujung-hujung tahun ni  nampaknya masih ramai lagi yang sibuk dengan urusan masing-masing.bagi yang masih belum berkesempatan untuk menunaikan zakat,tiada alasan lagi. Pembayaran zakat kini lebih mudah menerusi kaunter zakat bergerak. Pelbagai cara dan usaha yang telah dibuat oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) bagi membantu memudahkan orang ramai atau masyarakat Islam dalam menunaikan kewajipan berzakat.Antaranya menyediakan Kaunter Zakat Bergerak. Lokasi Terpilih Kaunter Zakat Bergerak Setiap tahun, Kaunter Zakat Bergerak ini telah beroperasi di lokasi-lokasi terpilih di seluruh Wilayah Persekutuan. Perkhidmatan Kaunter Zakat Bergerak ini bukan sahaja memudahkan orang ramai membayar zakat. Bahkan dapat mengelak pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan. Terdapat banyak lokasi tetap Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk memudahkan orang ramai membuat bayaran dan juga semakan zakat. Anda hanya perlu hubungi talian zakat di 1 3...

BAYARAN ZAKAT KINI HANYA DI HUJUNG JARI MELALUI KEMUDAHAN PERBANKAN

Umat Islam boleh menunaikan zakat berdasarkan jenis-jenis Zakat Harta iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP, Zakat Saham dan Qadra Zakat. Kesemua zakat ini boleh dilunaskan di Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) atau melalui kemudahan perbankan. Untuk maklumat anda, terdapat 6 saluran pembayaran zakat yang mudah iaitu datang terus ke kaunter, bayaran secara online melalui protal PPZ, ejen perbankan, skim Thohir, auto debit maybank dan melalui MyEG. Secara umumnya Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyediakan 11 kaunter zakat PPZ – MAIWP dibuka setiap hari termasuk cuti umum bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang. Selain itu, terdapat kemudahan pembayaran melalui portal  zakat.com.my . Terdapat kalkulator zakat pendapatan bagi pengiraan zakat pendapatan dan pembayaran zakat secara online menerusi FPX.   Bahkan, bagi memudahkan orang ramai berzakat, PPZ-MAIWP telah menjalinkan kerjasama dengan hampi...