Kanser pangkal rahim atau kanser serviks merupakan salah satu kanser yang menggerunkan dan boleh menyerang mana-mana wanita selain daripada kanser payudara! Kebanyakan punca dari kanser pangkal rahim ini disebabkan oleh virus yang bernama Human Papillomavirus (HPV).Mana-mana wanita, tak kira berapapun usianya asalkan pernah melakukan hubungan seksual berpontesi untuk mendapat kanser ini. Jadi, sebagai wanita kita perlulah sentiasa berwaspada dan tahu apa sahaja tanda-tanda awal kanser ini. Ia merupakan salah satu penyakit kanser yang paling banyak ditakuti oleh kaum wanita. Kanser pangkal rahim terjadi kerana adanya perubahan struktur sel pada rahim yang menjadi ganas dan menyebabkan kematian penghidapnya. Kanser ini menyerang pada bahagian organ peranakan kaum wanita iaitu di pintu rahim atau pintu masuk ke kawasan rahim. Bahagian yang sempit di bahagian bawah antara kemaluan wanita dan rahim. Kanser serviks memerlukan proses yang panjang iaitu antara 1- hingga 20 tahun untuk menjad...