Skip to main content

Mee Sup Saba Pedas

Mee Sup

Sekali sekala dapat menikmati mee sup panas dengan ramuan serai dan daun ketumbar memang cukup menyelerakan.Apatah lagi, jika ia dihasilkan itu daripada air tangan sendiri. 

Resepi Mee Sup Saba Pedas

Kali ini Dapur Mamanet nak berkongsi resepi yang dibawakan oleh Ayam Brand.

Resepi sederhana ini tidak kurang hebat keenakannya. Tambahan pula, bahan-bahan yang diperlukan untuk memasaknya cukup mudah.

Cuma, anda perlu menyediakan dua tin Ayam Brand Saba Mackerel Chili. Lepas tu, barulah boleh mencuba resepi ini.

Jika anda masih keliru tak tahu nak masak apa, lagi-lagi apa ada yang mahu berkunjung ke rumah, bolehlah try menjamu para tetamu dengan hidangan ini.

Sudah pasti menu ini memenuhi selera.Lagipun menu sebegini lebih mudah untuk disebdaikan berbanding dengan menu nasi yang lebih renyah. Nak kena prepare lauk pauk pula kan.

Jadi, jomlah kita buat. Bahan-bahan yang diperlukan untuk penyediannya pun senang dan masakpun cepat.

Mee Sup Saba Pedas

Untuk 4 hidangan

Bahan-Bahan:

200g mee pilihan anda

1 tangkai serai

4 daun bawang, dihiris

8 daun ketumbar, dihiris

2 liter stok ikan

270 ml santan

2 tin Ayam Brand Saba Mackerel Chili

Artikel Lain: Resepi Salad Telur

Mee Sup

Cara Penyediaan:

  1. Masak mi, tos kan air dan asingkan. 
  2. Potong bahagian bawah serai lebih kurang 10cm dan buang lebihan bahagian atas. 
  3. Rebus stok ikan dalam periuk yang besar dengan serai, daun bawang dan sos ikan sehingga mendidih.
  4. Masukkan mi, daun ketumbar, santan dan chili saba.
  5. Kecilkan api dan biarkan selama 2 minit. 
  6. Buang serai sebelum dihidang.

Artikel Lain: Menu Sarapan Pagi Yang Sihat

So, senang jer kan untuk menyediakan Mee Sup Saba Pedas ini. Kalau nak lagi pedas, tambahlah cili padi. Tersangatlah lazat.

Nak lagi bertambah lazat boleh jer dinikmati bersama perahan asam limau, sambal lada dan kicap masin. Sebenarnya ini Mamanet mencuba, memang power. Kuahnya yang pedas menambah kenikmatan.

Selamat mencuba resepi ini dan semoga anda sesi keluarga menyukainya!

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .