Skip to main content

Magical Unicool Coolblog, Sedap!

Magical Unicool Coolblog

Wow, dah try ke siri Magical Unicool ? Untuk promosi masa terhad, Coolblog menawarkan topping Fluffy Cloud Bits yang akan menyerlahkan lagi kelazatan Magical Unicool.

Sudah pasti ia akan  menjadi kegemaran ramai, terutama pencinta Coolblog.Sebagai jenama dan perintis bagi perniagaan pencuci mulut dan minuman Halal berasaskan kios di Malaysia, Coolblog terus berusaha untuk mencipta minuman yang dinikmati ramai. Di samping itu, mereka turut memastikan keenakan rasa, kepelbagaian pilihan perisa serta harga yang berbaloi.

Magical Unicool Coolblog
Unicool Twinkle lazat memikat!

ADA TIGA PERISA SIRI MAGICAL UNICOOL COOLBLOG

Siri ini tersedia dalam tiga perisa iaitu Unicool Magical, Unicool Dazzle dan Unicool Twinkle.  Diinspirasikan daripada Unicorn, minuman berasaskan rona pelangi, diserlahkan lagi dengan limpahan marshmallow bersaiz mini yang gebu dan berwarna-warni.

Artikel Lain: Buffet Ramadhan 2023: Hotel Royal Kuala Lumpur

Menurut Ashida Arshad, Pengurus Kempen Pemasaran Coolblog, siri tersebut telah diilhamkan daripada Unicorn yang melambangkan fantasi dan kisah dongeng, selari dengan objektif dan konsep kempen untuk menghasilkan siri minuman yang akan menceriakan hari-hari pelanggan Coolblog.

Magical Unicool Coolblog
Unicool Magical manis dan lazat

“Dengan adanya Fluffy Cloud Bits sebagai topping ia akan menyerlahkan lagi elemen fantasi malah menyempurnakan kombinasi perisa dan warna yang unik pada minuman tersebut. Pihak kami telah bekerja keras untuk memastikan kualiti yang tinggi dari segi perisa, SOP dan pembungkusan. Kami ingin memastikan setiap pelanggan Coolblog dapat menikmati pengalaman yang terbaik daripada siri minuman ini,” jelas  Ashida.

Kombinasi Yang Cukup Enak

Unicool Magical kombinasi perisa strawberi dan Blue Coral yang mencetuskan rasa manis dan lazat; Unicool Dazzle pula berperisakan keladi dicampur dengan Blue Coral dan Unicool Twinkle merupakan gabungan perisa keladi serta strawberi.

Magical Unicool Coolblog
Unicool Twinkle kombinasi perisa keladi serta strawberi.

Ketiga-tiga smoothie ini dilengkapi dengan keenakan gabungan brown sugar pearls, rainbow jelly dan marshmallow Fluffy Cloud Bits mini pada harga RM10.90.

Artikel Lain: Hayati Lirik Lagu Dolla – Look At This

“Kami komited untuk sentiasa memberikan sesuatu yang baharu khas buat pelanggan kami dan kami berharap siri ini dapat mendatangkan detik-detik magik kepada peminat dan orang yang mereka sayangi. Untuk para peminat Coolblog, dan sesiapa sahaja, kami akan terus berinovasi demi menambah baik menu kami dan mencipta perisa-perisa yang baharu. Jadi nantikan yang lebih menarik dari Coolblog!” kata Ashida.

Jika ingin tahu selanjutnya tentang Coolblog dan promosi mereka,layari:

Laman Web: https://www.coolblog.com.my/

Facebook: Coolblog.my

Instagram: CoolblogMalaysia

TikTok: coolblogmalaysia

Twitter: CoolblogMY

Selamat menikmati Magical Unicool, rugi kalau tak rasa!

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .