Skip to main content

4 MOTIVASI UNTUK KURUS YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM KITA NEKAD MENGIKAT PERUT!

SEDANG BERDIET? PERLUKAN MOTIVASI UNTUK KURUS BAGI MENDAPATKAN BENTUK BADAN YANG IDEAL? OK, BACA SAMPAI HABIS ARTIKEL INI YA!

Tidak dinafikan ada banyak motivasi untuk kurus yang boleh kita praktikan. Motivasi tersebut adalah perkara pertama yang perlu kita cari sebelum kita memulakan hasrat untuk berdiet.

Tentu ramai yang tiak mencari sebarang motivasi untuk kurus terlebih dahulu, yang mana kesudahan rancangan dietnya menjadi lebur.

Baru sekejap rasa lapar dan ‘berpuasa’ makanan favourite, dah mula fikir untuk menangguhkan dulu atau terus berhenti berdiet.

Hakikatnya, berdiet memerlukan motivasi yang kuat. Jadi, apakah motivasi untuk kurus atau diet yang sebaiknya kita pilih?motivasi untuk kurus

BERIKUT 4 MOTIVASI UNTUK KURUS YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM KITA BERNEKAD UNTUK BERDIET:

1. SEMATA-MATA NAK NAMPAK LANGSING

Berdiet kerana ingin langsing merupakan alasan yang paling  kerap kita dengar. Sebaiknya kita lakukan diet kerana ingin sihat, dan bukannya demi mendapatkan badan yang langsing semata-mata.

Jika kita mengamalkan gaya pemakanan yang sihat, kita sebenarnya tidak perlu mengikuti teknik diet yang ketat kerana berat badan kita pun akan ideal dengan sendirinya.motivasi untuk kurus

2. BERDIET KERANA MAHU SIHAT

Diet bukan hanya untuk mendapatkan berat badan yang ideal sahaja. Tetapi, berdiet juga bagus untuk kita miliki kehidupan yang sihat.

Motivasi diet untuk kurus secara sihat menyarankan supaya kita menghadkan pengambilan kalori, gula, makanan tinggi garam, lemak dan sebagainya.

Selain itu kita juga perlu membatasi pengambilan makanan yang tidak sihat seperti junk food, fast food dan juga soft drink. Cuba ubah kebiasaan tersebut dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Diet tinggi buah dan sayuran mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Tambahan pula kandungan serat semulajadi pada buah-buhan dan sayur-sayuran bagus untuk membantu menjaga kesihatan kita.motivasi untuk kurus

3. BERDIET KERANA INGIN SEMBUH ATAU MENCEGAH PELBAGAI PENYAKIT

Jika kita mempunyai berat badan yang berlebihan kita memang patut lebih berjaga-jaga.

Ini adalah kerana obesiti boleh mengundang beberapa penyakit berbahaya, terutama berkaitan dengan kesihatan tulang dan metabolisme tubuh seperti kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, strok, serangan jantung, diabetis dan juga kanser.
Dengan mengamalkan gaya pemakanan dan diet yang sihat serta diimbangi dengan bersenam secara rutin dapat menyelamatkan hidup kita.motivasi untuk kurus

Berikut beberapa jenis makanan yang bagus dimakan untuk melawan obesiti:

  • Teh Hijau – Bagus untuk metabolisme dan membantu membakar lemak.
  • Yogurt – Pilihlah yang rendah lemak dan tanpa gula.
  • Kopi – Secawan kopi tanpa gula dan susu bagus untuk meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar lemak.
  • Telur – Bersarapan pagi dengan telur akan membuatkan kita kenyang lebih lama dibandingkan dengan makan berkarbohidrat.

 

4. BERDIET KERANA TERIKUT-IKUT

Jangan sesekali mengorbankan diri kita untuk berdiet hanya kerana terikut-ikut kawan yang sedang berdiet.

Sebenarnya tak masalah pun, asalkan diet yang kita lakukan itu betul. Pastikan diet tersebut sesuai dengan apa yang badan kita perlukan walaupun kita ingin turut serta berdiet seperti kawan kita itu.

motivasi untuk kurus

Berikut beberapa cara diet salah:

  • Tidak menjaga keseimbangan nutrisi badan.

  • Menghindari makanan yang diperlukan oleh badan.

  • Tidak mempedulikan keperluan protein badan.

  • Kurang minum air masak.

  • Tidak bersenam, lebih banyak berehat dan tidur.

Sukar untuk berubah daripada kebiasaan hidup kita yang lama? Cubalah berubah ke gaya hidup sihat dengan penuh semangat. Pilih atau ikut motivasi untuk kurus yang betul supaya dapat menjalankan hidup sihat.

Motivasi untuk kurus secara sihat paling efektif untuk memacu semangat kita untuk memulakan gaya hidup yang lebih sihat.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...