Skip to main content

Kuala Gandah Dan Pesona Gajah Untuk Anda

kuala gandahCuti persekolahan merupakan momen terbaik untuk bercuti bersama keluarga tersayang. Apa kata sebelum cuti panjang ini berakhir, bawalah keluarga menerokai Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang.

 

Tempat ini cukup menarik dan boleh menjadi salah satu tempat tujuan untuk bercuti bersama keluarga. Ianya bukan sahaja dapat memberikan kita pendedahan yang luas tentang kehidupan gajah. Malahan, di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ini juga menggabungkan pemandangan alam, seronoklah kita  berekreasi sambil dikelilingi tumbuhan hijau. Ada taman herba dalam pusat ni.

 

 

kuala gandahPusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ini menempatkan beberapa ekor gajah yang telah dilatih dan digunakan untuk memindahkan gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia.

 

Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh kumpulan dan ibu mereka. Bagi memastikan ianya terus hidup, maka anak-anak gajah ini dibawa ke pusat ini untuk dirawat dan dipelihara.

 

 

[btn text=”KETAHUI TENTANG CUTI BAJET. KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”http://123mamanet.com/5-idea-percutian-bajet-keluarga/” target=”_blank”]

 

Macam Mana Nak Ke Kuala Gandah?

kuala gandahBagi yang sudah biasa melalui Lebuhraya Pantai Timur (Kuala Lumpur-Kuantan Highway), tentu tak ada masalah kan….  Nanti exit di Lanchang dan belok sahaja ke kanan.

 

Perjalanan seterusnya adalah dalam 20 minit untuk sampai ke Elephant Sanctuary- Kuala Gandah. Ada signboard, dan kalau susah sangat, pakai aplikasi WAZE ok. Confirm sampai! Tapi, janganlah pecut kereta atau motorsikal tu laju-laju sebab ni jalan kampung. Sempit dan jalan rayanya tidak begitu elok sangat.

 

 

Apa Nak Buat Bila Dah Sampai?

kuala gandahApabila kita dah sampai, terus ke lobi utama untuk mendaftar  dan menandatangani surat pelepasan tanggung jawab bagi mendapatkan tiket masuk.

 

Tiada bayaran dikenakan. Tapi kita dialu-alukan untuk memberikan sumbangan seikhlas hati bagi kemajuan tempat ini. Terpulanglah pada kita, sama ada hendak memberi ataupun tidak.
Di samping itu, jika kita pergi beramai-ramai, boleh sahaja untuk menghantar seorang wakil dengan senarai penuh nama-nama ahli keluarga yang lain. Selepas mendaftar tu, barulah kita diberikan sticker atau pelekat dan tampallah pada lengan baju kita.

 

 

Aktiviti Untuk Para Pengunjung

kuala gandahSebenarnya bukanlah banyak sangat aktiviti yang boleh kita lakukan di sini. Kalau sampai sebelah petang pun ok, lepas Zohor. Cuma kalau nak tengok Tayangan Video – sejarah dan  dokumentari  tentang proses pemindahan semula gajah liar tu kenalah datang awal sikit (sebelum jam 1.30 petang). Pusat ini juga dibuka pada setiap hari, dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

 

Antara Aktiviti:

* Memberi Makan Gajah

Kita berpeluang bergambar dan memberi makanan kepada gajah sewaktu ‘lunch hour’ nya.

 

* Tengok Show Gajah

Bolehlah kita ramai-ramai tengok gelagat dan aksi gajah dewasa bersama penjaganya.Di samping itu diselitkan juga penerangan mengenai gajah dan sejarahnya.

 

* Mandi Bersama Gajah

kuala gandahInilah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh ramai pengunjung.Jika enggan turut serta dalam aktiviti mandi bersama anak-anak gajah, boleh sahaja tengok gajah-gajah ini mandi bersama dengan penjaga mereka di situ.

 

Tapi kalau hari hujan lebat atau keadaan paras airnya tidak sesuai, aktiviti mandi bersama anak-anak gajah untuk para pengunjung dibatalkan.

 

Okay, semoga apa yang diterangkan di sini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran kepada anda yang ingin datang ke sini. Selamat bercuti dan manfaatkan sebaik mungkin ‘quality time’ bersama keluarga tersayang.

 

Jika ada kelapangan, singgahlah ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan  atau Elephant Sanctuary- Kuala Gandah ini. Bagi yang sudah berkeluarga, punya anak-anak, pasti seronok!

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...