Skip to main content

APA ITU COLLAGEN DAN BETUL KE BOLEH BUAT KULIT AWET MUDA?

Apa itu Collagen? Collagen merupakan bahagian penting dalam jaringan sel badan kita. Collagen bagaikan sebuah blok bangunan penting untuk kulit.

Collagen adalah protein utama dalam kulit, tulang, tendon, tulang rawan dan jaringan otot kita. Berkat collagen, tubuh dapat tersambung dan terikat di antara satu sama lain sehingga menjadi lebih kuat, elastik dan berstruktur.

Collagen merupakan sejenis protein yang dapat memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Ia membentuk 30% daripada protein tubuh hidup dan 70% daripada protein yang membentuk kulit.

BACA: 6 CARA PUTIHKAN KULIT TANPA BAHAYAKAN DIRI

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

apa itu collagen

APA ITU COLLAGEN YANG SEPATUTNYA KITA FAHAMI FUNGSINYA?

Collagen juga berfungsi untuk membantu mengganti dan memulihkan sel-sel kulit mati, membentuk jaringan fibrosa agar sel-sel baru dapat tubuh, sehingga melindungi organ-organ dalam tubuh seperti buah pinggang.

Jaringan kulit kita terdiri daripada pelbagai molekul, antaranya asid amino yang sangat penting untuk mempertahankan struktur kulit sehingga menjadi sihat. Manakala epidermis, menyediakan landasan bagi kulit dan collagen adalah komponen utama dari epidermis.

Antara sumber collagen terbaik ialah collagen bersumber ikan laut dalam. Ini adalah kerana ia mempunyai nilai protein yang tinggi dan jauh daripada pencemaran.

Selain itu ialah sumber collagen semualajadi yang sangat mujarab ialah sup tulang. Sama ada sup ayam, lembu atau kambing, amat mudah dimakan. Sebab itu orang tua-tua suka sediakan sup ayam untuk orang yang tidak sihat. Sup yang direneh beberapa hari lebih banyak mengandungi kolegen kerana kaki, ligemen, tandon, kulit dan sum-sum yang sukar dimakan sebelum ini membentuk menjadi stok yang penuh dengan nutrien.

apa itu collagen

APA ITU COLLAGEN DAN BAGAIMANA IA DAPAT MEMPERTAHANKAN KECANTIKAN KULIT WANITA BERUSIA?

Mempertahankan collagen adalah kunci untuk mendapatkan kulit yang cantik.Namun, pengeluaran collagen semulajadi dalam tubuh akan menurun seiring dengan pertambahan usia kita, menjelang 40 tahun ke atas.

Jika sudah melangkah ke usia tersebut, kulitpun mula menjadi kendur, garis-garis kedutan semakin jelas kelihatan dan tulang rawan pada sendi juga menjadi lemah dan rapuh.

Jadi, pengambilan collagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula collagen yang berkurangan.

 

ANTARA KESAN KEKURANGAN COLLAGEN DALAM BADAN:

  • Kulit kusam.
  • Berkedut dan kendur.
  • Pigmentasi kulit.
  • Cepat letih dan lesu.
  • Badan sering lenguh dan sakit-sakit sendi.
  • Mudah lupa.
  • Daya penglihatan berkurangan.
  • Rambut kerap gugur dan semakin menipis.

BERIKUT BEBERAPA MANFAAT COLLAGEN UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN:

  1. MENCEGAH KEDUTAN DAN GARIS-GARIS HALUS DI MUKA

Collagen dapat mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya.

Bahkan collagen juga berkesan untuk menghilangkan dan menyamarkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit daripada berlaku.

apa itu collagen

  1. MENCANTIKAN RAMBUT DAN KUKU

Kekurangan collage menyebabkan rambut kering dan bercabang. Manakala  kuku menjadi kusam dan mudah patah. Oleh itu, khasiat yang terkandung di dalam collagen dalam lapisan korium membekalkan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku.

apa itu collagen

  1. MENEGANGKAN PAYUDARA

Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara.

Collagen bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara sekaligus menghasilkan payudara yang mantap.

apa itu collagen

  1. MENJAGA KEKUATAN TULANG

Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan collagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang.

Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan collagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

apa itu collagen

  1. MENGURANGKAN MASALAH PIGMENTASI DAN JERAGAT

Collagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru sekaligus mencegah pengumpulan pigmen di dalam kulit dan dapat mencerahkan kulit serta mengurangkan pigmentasi.

apa itu collagen

Itulah sedikit penjelasan tentang apa itu collagen serta manfaatnya untuk kesihatan kulit supaya kekal cantik, bersih dan sihat. Tapi pastikan sumber collagen tersebut adalah daripada sumber yang halal, selamat dan tidak bertoksin.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...