Skip to main content

Guardian Anjur Bengkel Kebersihan Dan Sumbang Produk Mandian Kepada Pelajar Sekolah

Guardian

Kira-kira 200 pelajar Tahun 2 dan pelajar Berkerperluan Khas dari Sekolah Kebangsaan Shah Alam baru-baru ini, telah menyertai Bengkel Kebersihan Guardian interaktif anjuran Guardian Malaysia.

Ini merupakan sebahagian daripada program khidmat masyarakatnya di seluruh negara, ‘Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak’, membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah kekal bersih dan seterusnya, kekal sihat.

Guardian

Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif, Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata; “Kami berasa senang hati dan bangga menyaksikan keseronokan pada wajah kanak-kanak ini ketika mempelajari tentang amalan kebersihan yang baik di Bengkel Kebersihan kami. Kami percaya bahawa semua orang berhak untuk menjadi bersih dan sihat. 

Ia adalah hak asasi manusia. Hal ini tidak sepatutnya menjadi satu kemewahan atau keistimewaan, terutamanya bagi kanak-kanak. Kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah terdedah kepada serangan penyakit kerana keluarga mereka tidak mempunyai sumber untuk membeli produk kebersihan, lebih-lebih lagi selepas Covid-19 kerana keutamaan diberikan kepada menyediakan makanan untuk anak-anak mereka.”  

“Inilah sebab tercetusnya Kempen ‘Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak’, Guardian yang dilancarkan dengan sasaran untuk menyediakan 20 juta mandian untuk kanak-kanak kurang bernasib baik, bukan hanya di Malaysia, tetapi di semua negara Asia Tenggara yang lain seperti Singapura, Indonesia, Kemboja dan Vietnam. Ini adalah kempen Tanggungjawab Sosial Korporat yang merentasi seluruh rantau operasi Guardian.”

Artikel Lain: Busana Tradisional Daripada Shara Othman

Selain Bengkel Kebersihan, kanak-kanak sekolah itu turut menerima produk mandian Guardian percuma. Sebanyak 820 botol produk mandian dan pencuci tangan disumbangkan kepada mereka. 

Dalam pada itu, sukarelawan Guardian juga telah turut serta untuk melukis sebuah mural yang menampilkan Beruang Guardiancares yang menggambarkan kepentingan kebersihan dan amalan mandi di sekolah tersebut.

guardian

Artikel Lain: Cara Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat

Guru Besar SK Shah Alam, Puan Hamidah Bt Shamsudin turut merakamkan ucapan terima kasih beliau di atas sumbangan Guardian.

“Kami sangat bersyukur di atas sumbangan yang bermakna dan usaha Guardian untuk memastikan kebersihan dan kesihatan kanak-kanak ini. Kami juga sangat menghargai usaha mereka untuk menceriakan lagi sekolah kami dengan lukisan mural yang berwarna-warni. Ia benar-benar memberi semangat kepada para pelajar,” kata Puan Hamidah.

Turut hadir, Dato’ Lawrence Low, Pengerusi dan Pengasas, MyPerintis & School of Life Malaysia, rakan kongsi NGO Guardian dalam program ini.

Soren menambah; “Di samping itu, untuk setiap satu liter produk mandian Guardian yang dijual di Malaysia, 15 sen akan disumbangkan untuk membeli produk mandian untuk kanak-kanak kurang bernasib baik ini. Jadi kami berharap agar pelanggan kami dapat menyokong usaha khidmat masyarakat kami dengan membeli produk mandian badan tersebut.”

Sementara itu, patung beruang Guardiancares akan dijual pada harga RM30 sahaja, di semua stor Guardian di seluruh Malaysia dan di stor dalam talian serta aplikasi mudah alihnya. Semua hasil jualan patung Beruang Guardiancares akan disalurkan ke dana #guardiancares bagi menyokong keperluan penjagaan diri kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...