Skip to main content

DIET SEIMBANG ALKALI DAN ASID UNTUK ELAK SAKIT

BILA DISEBUT TENTANG DIET SEIMBANG, KITA SERING MEMIKIRKAN PIRAMID MAKANAN SAHAJA SEPERTI LEMAK, KARBOHIDRAT, PROTEIN, VITAMIN DAN MINERAL. SEBENARNYA ADA LAGI GARIS PANDUAN PENTING IAITU DIET SEIMBANG ALKALI DAN ASID.

 
Makanan yang dimakan bukan untuk kenyang saja. Kita perlu kenal sifat makanan itu apabila kita makan. Ia dikatakan asid dan alkali tidak semestinya kerana ia makanan masam seperti sitrus dan limau.

 

Sesuatu makanan itu dikatakan berasid atau beralkali ialah apabila dicerna, makanan tersebut meninggalkan kesan sama ada asid atau alkali dalam tubuh. Makanan berasid meninggalkan atom hidrogen yang menyebabkan kesan asid dalam tubuh.

 

Begitu juga dengan bahan makanan yang meninggalkan kesan alkali yang meneutralkan pH atau meningkatkan pH. Makanan alkali akan mengurangkan kesan asid dalam badan anda.

diet seimbang

ADAKAH PENTING DIET SEIMBANG ASID-ALKALI INI?

Ya, sangat penting kerana ia memberi kesan besar kepada kesihatan. Darah kita adalah sedikit beralkali, pH 7.4 dan ia harus kekal begitu untuk memastikan kita terus sihat. Jika pH darah kita menurun, maknanya jadi berasid, tandanya kita sedang sakit.

diet seimbang

APAKAH KESAN BURUK ACIDOSIS ATAU KEADAAN BADAN BERASID?

Memang sangat bahaya apabila badan kita berasid. Jadi, apa yang kita boleh buat untuk mengelakkan asid menjadi tinggi dalam badan?

 

Pastilah menjaga KESEIMBANGAN. Bila makan, kita kena tahu makanan apa yang boleh meninggalkan kesan asid, jadi kita naturalkan dengan makanan yang alkali.

diet seimbang

 

 

KENALI MAKANAN ALKALI DAN ASID

Sekiranya, anda selalu tidak sihat dan rasa lesu walau pun tidak buat kerja berat, cuba lihat diet anda. Adakah seimbang dari segi asid dan alkalinya.

 

MAKANAN ALKALI
Sumber Makanan TINGGI Alkali
Sodium bikarbonat, kale, garam laut, bayam, jus sayur-sayuran, spirulina, ubi manis, bawang putih, air mineral, timun, brokoli, alfafa.

 

Sumber Makanan SEDERHANA  Alkali
Ubi beet, avokado, lemon, limau, kubis, daun saderi, bawang, tomato, aprikot, epal, asparagus, teh ginseng, kacang hijau, lobak, cili benggala, anggur, salad dan bendi.

 

Sumber Makanan RENDAH Alkali

Artichoke, kacang almond, beras perang, minyak ikan kod, betik, cendawan, madu, kentang, cuka epal, buah ceri, kuning telur, terung, teh hijau, herba, minyak primerose, telur puyuh, pucuk alfafa, pisang, blueberry, ketumbar, minyak kelapa, telur itik, sayur-sayuran yang dijeruk, minyak api, teh halia, minyak zaitun, biji bunga matahari, kismis, cuka umeboshi, strawberi, oren, minyak sapi.

diet seimbang

MAKANAN ASID

Sumber Makanan NEUTRAL / SEDIKIT Asid
Amaranth, buah-buahan kering, gelatin, sirap mapel, minyak bunga matahari, daging rusa, kari, kelapa, minyak kanola, krim, itik liar, minyak soya, kacang hazel, kacang hitam, nectarine.

Sumber Makanan SEDERHANA Asid
Kicap, mayonis, mentega, oat, beras dan bijirin, ikan, delima, popcorn, legum, pasta, kambing, soya keju, prun, minyak bijan, minyak almond, susu lembu, susu, madu yang dipasteur, jagung, sos tomato, gula, madu.

Sumber Makanan TINGGI Asid
Pemanis tiruan, barli, daging lembu, alkohol, kacang brazil, roti, gula perang, tepung, aiskrim, makanan dalam tin/segera, makanan microwave dan jus buah yang diproses, makanan laut (udang, sotong, ketam dan tiram dsb), ayam, keju, produk tenusu, kopi, koko, jem, cuka, kicap soya dan yis.

diet seimbang

 

TINGKATKAN KESIHATAN DENGAN AMALKAN MAKANAN ALKALI

Secara ringkasnya untuk mendapatkan sumber alkali, banyakkan pengambilan sayuran jenis ubi, sayuran hijau dan buah-buahan. Kurangkan pengambilan makanan segera, daging dan minuman ringan kerana ia adalah sumber utama asid.

 

Tahukah anda bahawa tubuh kita ini merupakan sel-sel yang sering mati dan diganti dengan sel hidup? Tubuh kita sentiasa membina semula struktur sel dalaman kita. Saban tahun, kesihatan dalaman kita berubah. Contohnya, badan kita akan menggantikan lapisan perut baru setiap lima hari.

 

Sel kulit akan digantikan dalam kira-kira sebulan, tulang akan mengalami perubahan kira-kira setiap tiga bulan, hati setiap enam minggu dan sel darah merah akan beredar selama 120 hari sebelum ia digantikan dengan sel yang baru.

Badan kita menghapuskan kira-kira 1 billion sel-sel mati setiap hari. Oleh itu pemilihan makanan tersangatlah penting. Apa yang anda makan hari ini akan menentukan perubahan tubuh pada hari esok. Apatah lagi untuk jangka masa panjang.

 

Jadi, untuk kekal bertenaga dan awet muda, perbanyakkan makanan alkali untuk menambahkan sel baru anda.

 

Sumber foto & bahan: Internet

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...