Skip to main content

Program Amal Persatuan Sindrom Down Malaysia Bersama World Saree Day Malaysia

Program Amal Persatuan Sindrom Down Malaysia

Program Amal Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) Bersama World Saree Day Malaysia (WSDM)  menggabungan kesenian dan kebudayaan. Program ini disokong oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) dan Suruhanjaya Tinggi India.

Program Amal Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM)

Tujuan program ini adalah untuk menjana dana kepada PSDM dan dalam masa yang sama, mendidik tentang keunikan Saree serta memperkenalkan budaya pemakaian Saree di kalangan rakyat Malaysia.

PSDM adalah pertubuhan bukan untung yang ditubuhkan pada 2001, ia mempunyai sukarelawan kebajikan yang menjaga pembangunan dan memperjuangkan hak individu Sindrom Down (SD) di seluruh Malaysia melalui perspektif kesihatan, kebajikan, pendidikan, latihan kerjaya vokasional, dan pekerjaan.

Di PSDM, kanak-kanak Sindrom Down didedahkan dengan pelbagai kemahiran seperti memasak, membasuh pakaian dan pelbagai kemahiran lain demi membantu mereka dalam menjalani kehidupan seharian.

Artikel Lain: Projek CSR #darihati123mamanet

Oleh itu, dana yang dijana di program ini akan digunakan untuk membantu PSDM mendapatkan peralatan tambahan dan perbelanjaan latihan kerjaya vokasional mereke bagi membantu ahli persatuan menjadi usahawan yang berdikari dan berjaya di masa hadapan.

Mereka yang mengidap penyakit Sindrom Dorwn sering bertungkus lumus demi mendapatkan pekerjaan dan untuk memulakan perniagaan mereka sendiri.

Program Amal Persatuan Sindrom Down Malaysia

Oleh itu, WSDM dan BNR berbangga untuk menyokong dan menggalakkan usahawan di kalangan Sindrom Down. Penganjur program ini ialah Bkay Nair, pengarah di syarikat Bkay Nair Resources (BNR).

BNR adalah syarikat penyediaan latihan dan acara yang telah melatih orang ramai secara peribadi untuk menjadi usahawan yang berjaya, dalam aspek komunikasi dan pembangunan kerjaya.

Sebagai seorang yang dermawan, dia telah melibatkan dirinya dalam pelbagai acara dan program khidmat sosial untuk wanita dan kanak-kanak yang memerlukan melalui Soroptimist International Ampang dan Sedunia Hari Hijab Antarabangsa.

Oleh demikian, ia menjadi inspirasi kepada Bkay untuk menganjurkan program amal ini. Sebelum ini, Bkay Nair juga telah menganjurkan beberapa program seperti “Miss Saree Malaysia 2019”, “Miss Saree Malaysia 2021”, “Women of Essence Leadership Series 2019 – 2021”, dan Kem Penjenamaan Keusahawanan 2020 dan lain-lain.

“Sebagai seorang yang meminati warisan budaya Malaysia dan telah mengambil bahagian dalam pelbagai program amal, saya berharap program ini dapat memberi peluang kepada komuniti PSDM untuk menunjukkan keupayaan dan potensi mereka.

Artikel Lain: Belajar Menghargai Waktu

 Dalam masa yang sama juga ia turut memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut tentang tradisi dan budaya pakaian tradisional kaum India iaitu Saree,” kata Bkay Nair.

Di era moden ini, khususnya, budaya pemakaian Saree dalam kalangan rakyat Malaysia semakin dilupakan dan sering dimodenkan. Malaysia adalah sebuah negara berbilang budaya,etnik, kaum dan bangsa.

Oleh Itu, WSDM berhasrat untuk membawa impak sosial kepada masyarakat dengan menggalakkan generasi muda untuk terus mencintai dan menghargai seni dan budaya pelbagai kaum di Malaysia.

Program Amal Persatuan Sindrom Down Malaysia

Sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa

Program Amal Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM),menggabungan antara amal, pendidikan, budaya, dan fesyen. Dengan sambutan hari wanita antarabangsa yang akan berlangsung pada bulan Mac, acara ini juga memberi platform kepada kami untuk meraikan semua wanita di Malaysia yang berbilang kaum dan latar belakang.

WSDM tekat untuk mengekalkan kepelbagaian budaya pelbagai kaum di Malaysia, menggalakkan orang ramai memakai pakaian tradisional bagi memupuk perpaduan antara pelbagai kaum.

WSDM akan berlangsung pada 19 Mac 2023 di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur, di mana persembahan daripada PSDM, JKKN, Kelab Bharat Kuala Lumpur, dan ramai lagi akan dipersembahkan.

Tetamu Kehormat dan tetamu VVIP yang akan turut serta Program Amal Persatuan Sindrom Down Malaysia ialah Menteri SumberManusia, Tuan V. Sivakumar, Timbalan Menteri Pelancongan, YB Khairul Firdaus, H.E Pesuruhjaya Tinggi India, Encik Bommireddy Narasimha Reddy, dan YB Senator Datuk Ras Adiba.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...