Skip to main content

MAJLIS WALIMATUL URUS PERDANA ANJURAN MAIWP RAIKAN 100 PASANGAN MEMPELAI DI DATARAN MERDEKA

100 Pasangan Mempelai MAIWP

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada hari ini mengadakan Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka sempena dengan penganjuran Karnival MAIWP 2023. 

Seramai 100 pasangan mempelai yang terdiri daripada asnaf fakir, miskin dan mualaf telah diraikan dalam majlis gilang gemilang, bertemakan ”Nostalgia Adat Istiadat Kegemilangan Melayu Islam”. Pasangan pengantin ini menerima sepersalinan pakaian pengantin berserta perhiasan. 

Artikel Lain: 5 ALASAN KENAPA ANAK ZAMAN SEKARANG PILIH KAHWIN MUDA

Majlis Walimatul Urus Perdana

Majlis Walimatur Urus Perdana

Menariknya, 100 pasangan mempelai itu diarak menaiki Hop on Hop Off KL mengelilingi Jalan Raja Laut sehingga ke tapak karnival di Dataran Merdeka. Bahkan mereka juga disandingkan atas pelamin yang disediakan dan turut menerima wang tunai RM2,000 setiap pasangan pengantin. Dalam majlis tersebut, dua pasangan pengantin dinikahkan oleh Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib bin Ismail. 

Majlis Walimatul Urus Perdana

Skim Bantuan Perkahwinan

Skim bantuan perkahwinan merupakan salah satu skim bantuan zakat daripada 30 skim bantuan yang ditawarkan oleh MAIWP. Bantuan ini telah diperkenalkan sejak tahun 2006 yang bertujuan meringankan beban bakal pengantin dalam mengadakan majlis penuh gelimang ini. Bantuan yang disalurkan berjumlah antara RM3,000 sehingga RM5,000. Pada tahun 2022, MAIWP telah membantu sebanyak 412 penerima dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.08 juta. 

Majlis Walimatul Urus Perdana
Dua pasangan mempelai dinikahkan oleh Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib bin Ismail 

MAIWP sehingga Disember 2022 telah mengagihkan sebanyak RM855.51 juta dana zakat kepada asnaf yang memerlukan. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM533.61 juta dibelanjakan melalui agihan zakat secara langsung menerusi skim bantuan-bantuan zakat dan zakat secara tidak langsung manakala RM30.86 juta diagihkan menerusi institusi pendidikan dibawah MAIWP.

Penganjuran Majlis Ini Akan Diteruskan

Penganjuran Majlis Walimatul Urus Perdana anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan  (MAIWP) dijangka diteruskan dan dijadikan acara tahunan dalam membantu pasangan golongan asnaf serta mualaf bernikah.

Malah acara anjuran bersama MAIWP dan Pertubuhan Kemanusiaan Naurah Care itu secara tidak langsung menjadi tarikan pelbagai pihak termasuk pelancong asing bagi mengetengahkan budaya di negara ini pada masa akan datang.

Pengerusi Naurah Care
Sheikh Ahmad Fakhruddin Sh. Abd. Rahim,Pengerusi Naurah Care

Pengerusi Naurah Care, Sheikh Ahmad Fakhruddin Sh. Abd. Rahim berkata, acara seterusnya dijangka berlangsung pada Disember ini. Bagaimanapun, jumlah untuk sesi seterusnya kami tidak pasti. Bergantung kepada pihak MAIWP nanti.

“Paling penting, acara seperti ini diadakan dengan pelbagai aktiviti lain untuk bersama-sama mengetengahkan budaya masyarakat ini di samping memberi peluang kepada ramai orang mengenai peranan MAIWP.

Sheikh Ahmad Fakhruddin berkata, pihaknya akan mempelbagaikan acara sampingan dalam penganjuran perkahwinan besar-besaran pada masa akan datang.

Artikel Lain: Cara Mohon Bantuan Kahwin MAIWP

Majlis Walimatul Urus Perdana
100 pasangan pengantin diraikan dengan penuh kemeriahan

Turut hadir dalam majlis ini, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP, YBhg. Datuk Hajah Saraya binti Arbi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Tahniah buat MAIWP di atas penganjuran Karnival MAIWP 2023 serta Majlis Walimatul Urus Perdana yang cukup meriah dan bermanfaat ini buat pasangan yang mahu membina masjid.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .