Skip to main content

INILAH 7 PUNCA RAMBUT ROSAK KERAP DIALAMI WANITA BERHIJAB

RISAU RAMBUT KUSUT ATAU ROSAK KERANA KERANA BERTUDUNG? BAGAIMANA MENJAGANYA DENGAN BETUL SUPAYA RAMBUT KITA TERJAGA DENGAN BAIK? SEBELUM ITU, CUBA KITA PERHATIKAN APAYANG SERING MENJADI PUNCA RAMBUT ROSAK.

 

Janganlah takut atau risau sangat dengan masalah rambut rosak ini. Ini adalah kerana dengan bertudung kita bukan sahaja mendapat banyak manfaat keberkatannya. Malahan, kesihatan rambut kita juga terjaga.

 

Pemakaian tudung atau hijab dapat melindungi rambut kita daripada terdedah daripda sinaran ultra violet dan pencemaran udara yang menyebabkan rambut kering, kusut serta rosak.

 

Namun, sebagai wanita yang memakai tudung pada setiap hari kita memerlukan penjagaan rambut yang lebih ekstra dan rutin kerana rambut kita tertutup sepanjang hari.

 

Penjagaan rambut ini tidak semestinya kita wajib ke salon, sebaliknya boleh juga dilakukan di rumah.

 

BERIKUT BEBERAPA PUNCA RAMBUT ROSAK, KUSUT ATAUPUN BERKELEMUMUR:

 

  1. PAKAI TUDUNG MASA RAMBUT MASIH BASAH

Ramai wanita bertudung yang kurang peduli tentang hal ini. Malas nak tunggu rambut yang telah disyampu itu kering.

 

Mungkin sekali atau dua kali ianya tidak menimbulkan masalah. Tetapi, kalau dah terlalu kerap boleh membuatkan rambut berkelemumur dan rosak serta berbau hapak atau masam.

punca rambut rosak

  1. INNER TUDUNG YANG DIPAKAI TERLALU KETAT

Pakai inner tudung yang terlalu ketat juga boleh membuatkan rambut lembab dan berminyak serta menjadi punca rambut rosak.

 

Walaupun mungkin di antara kita yang berasa selesa mengenakan inner yang sedikit ketat, namun tindakan kita ini sebenarnya membuatkan rambut sukar untuk bernafas.

 

Bukan hanya inner tudung yang ketat sahaja, mengikat atau menyanggulkan rambut terlalu kuat atau ketat juga boleh merosakkan rambut.

punca rambut rosak

  1. MATERIAL INNER TUDUNG TIDAK MENYERAP PELUH

Meterial inner tudung atau anak tudung yang tidak menyerap peluh dengan baik juga boleh membuatkan rambut kita menjadi lembab.

 

Apabila rambut lembab,  rambut akan jadi cepat berminyak sehingga menimbulkan kelemumur.

punca rambut rosak

  1. PENGIKAT ATAU GETAH RAMBUT TAK DITANGGAL KETIKA TIDUR

Ramai di antara kita yang terlupa untuk menanggal atau melepaskan ikatan rambut ketika tidur.

 

Tabiat ini boleh menganggu kesihatan rambut. Rambut perlu dilepaskan supaya bernafas sewaktu kita tidur. Cuba istirahatkan rambut supaya dapat mengurangkan kelembapan kulit kepala yang menyebabkan kerosakan dan kelemumur.

punca rambut rosak

 

  1. SALAH PILIH SIKAT

Salah memilih sikat juga boleh menjadi punca rambut rosak. Sikat yang terlalu lembut atau terlalu boleh membuatkan rambut menjadi rosak. Apatah lagi jika kita mempunyai rambut yang lembab disebabkan seharian memakai tudung.

 

Jadi, pilihlah sikat yang bermata lembut dan elakkan menyikat rambut dalam keadaan basah kerana pada waktu itu rambut anda kusut lebih-lebih lagi rambut panjang. Jika anda cuba meleraikannya dengan kasar, rambut akan mudah putus dan rosak.

punca rambut rosak

  1. JARANG BASUH RAMBUT

Pasti ramai wanita bertudung yang jarang basuh atau mencuci rambutnya kerana terlalu sibuk dengan aktiviti seharian.

 

Jarang basuh rambut boleh membuatkan rambut kita menjadi kering dan rosak. Cucilah rambut secara rutin, dua hari sekali. Jangan lupa cari produk penjagaan rambut yang sesuai dengan jenis rambut. Pemakaian serum, tonik rambut atau masker rambut daripada bahan-bahan semulajadi mampu menguatkan rambut dan menyihatkannya.

 

Selepas bersyampu, pastikan juga memakai perapi rambut supaya rambut tetap lembut dan mudah didandan.

punca rambut rosak

 

  1. PILIH MAKANAN RENDAH LEMAK

Kita juga boleh menjaga kesihatan rambut dari dalam badan dengan pengambilan makanan rendah lemak dan kaya dengan protein, vitamin B-6,B-12 dan C serta zat besi.

 

Semua kandungan tersebut mampu menutrisikan rambut secara semulajadi. Jadi, mulalah memperbanyakkan makan kacang-kacangan, sayuran hijau dan buah-buahan segar untuk kesihatan akar rambut.

punca rambut rosak

Itulah 7 punca rambut rosak yang kerap dialami oleh para wanita bertudung. Semoga info ini bermanfaat untuk semua.

BACA: BAKING SODA JADIKAN RAMBUT ANDA KUAT DAN BERKILAU

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .