Skip to main content

BIBIR SIHAT DAN TIDAK LEBAM. INI CARANYA!

Bibir sihat merupakan aset penting wajah kita. Ia sudah pastinya bebas daripada masalah bibir kering, mengelupas ataupun pecah-pecah. 

Bibir pecah-pecah boleh membuatkan kulit pada bibir kita retak, mengelupas dan juga berdarah. Bibir kering juga boleh disebabkan oleh pelbagai macam faktor. Baca artikel ini sampai habis.
Bibir mempunyai lapisan kulit yang sangat nipis dan transparent. Berbeza dengan kulit muka, bibir tidak mempunyai kelenjar minyak.
Jadi, sebab itulah bibir lebih mudah kering dan pecah-pecah. Kurangnya kelembapan adalah penyebab utama bibir kering dan pecah-pecah.
bibir sihat

PUNCA UTAMA KENAPA KITA TIDAK DAPAT BIBIR SIHAT 

DEHIDRASI
Dehidrasi boleh menganggu keseimbangan mineral semulajadi dalam badan, menyebabkan kerosakan. Bukan hanya pada sistem organ dalam badan, namun turut memberikan efek negatif pada kulit kita.
Dehidrasi menimbulkan efek seperti pening, sakit kepala, sembelit, penurunan pengeluaran air kencing, mulut dan bibir kering.
Di samping itu, dehidrasi yang parah juga boleh menyebabkan tekanan darah menjadi rendah, demam, sesak nafas dan jantung berdebar-debar.
MENJILAT DAN MENGGIGIT BIBIR
Biarpun menjilat bibir boleh memberikan kelembapan sementara, tetapi air liur yang berpindah dari mulut ke bibir kita akan membuatkan lapisan kulit bibir kita menjadi semakin nipis dan menghilangkan kelembapan semulajadinya.
Air liur mengandungi enzim yang berfungsi untuk membantu kita menghadamkan makanan dan bukannya sebagai pelembab tambahan untuk bibir kita.
Jadi, solusi terbaik untuk mendapatkan bibir sihat dan bebas daripada masalah kekeringan, hentikan kebiasaan menjilat bibir.
Kebiasaan mengggigit bibir juga boleh menganggu kesihatan bibir. Ketika kita menggigit bibir, gigi akan mengetip bibir, secara tak langsung akan membuatkan lapisannya terkoyak dan retak serta berdarah.
MAKANAN PEDAS ATAU MASIN 
 Jika kita kerap mengalami masalah bibir kering dan pecah-pecah, sebaiknya kurangkan pengambilan makanan masin.
Garam yang terkandung dalam makanan masin boleh membuatkan lapisan kulit bibir lebih sensitif dan menyebabkan peradangan. Begitu juga dengan makanan pedas.
Solusi terbaik bagi mendapatkan bibir sihat serta tidak kering dan pecah-pecah, perbanyakkan pengambilan buah- buahan dan sayur-sayuran yang boleh mengembalikan keseimbangan pH tubuh.
KEKURANGAN ZAT
Bibir kering juga boleh menjadi tanda bahawa badan kita kekurangan nutrisi tertentu seperti kekurangan pengambilan asid folik dan  fiboflavin atau vitamin B2.
Di samping itu, bibir yang kekurangan vitamin C dan E  boleh menjadikan bibir kelihatan kusam dan tidak segar.

9 CARA YANG BOLEH DILAKUKAN:

  1. Perbanyakkan dan pastikan kita cukup minum air masak. Paling kurang 8 gelas pada setiap hari.
  2. Hindari pemakaian lipstik yang mengandungi pewarna sintetis atau bahan yang berbahaya serta tidak sesuai dengan bibir kita.Jangan mudah tergoda dengan harga murah yang ditawarkan, sedangkan lipstik tersebut hanya membuatkan bibir kita rosak.bibir sihat
  3. Ambil makanan yang mengandungi vitamin B dan C supaya dapat membantu merawat bibir sihat dan terjaga.
  4. Pakai pelembab bibir atau lip balm supaya bibir selalu lembab dan terhindar dari kekeringan. 
    pakai lip balm untuk elak bibir kering
  5. Gunakan berus gigi berbulu lembut atau tuala kecil yang lembut untuk membersihkan sel-sel kulit mati yang membuatkan bibir kita kering. Setelah itu, pakailah pelembab bibir.
  6. Petua paling mujarab ialah sapu Vaseline setiap kali selepas anda mencuci muka, selepas makan, sebelum tidur atau apabila bibir terasa kering.
  7. Untuk menghindari bibir kering dan menghitam hindari kebiasaan merokok, dan juga pengambilan kafein yang berlebihan.
  8. Agar bibir sihat dan tidak kering, dan pecah-pecah, jaga kebersihan mulut dengan penggunaan ubat kumur yang sesuai dengan kulit bibir.
  9. Jangan terlalu kerap makan makanan yang pedas dan panas kerana ia akan merangsang kulit bibir menjadi lebih kering dan hitam.
Paling penting anda perlu elakkan iritasi pada bibir dengan tidak melakukan perkara-perkara yang menyebabkan bibir kering. Amalkan 9 petua di atas untuk bibir sihat.

Artikel Lain: Buat Srub Bibir Sendiri. Jom Cuba!

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...