Skip to main content

7 TIP PILIHAN WARNA LIPSTIK TERBAIK UNTUK WANITA AGAR SAJAK DENGAN TUDUNG YANG DIPAKAI

MEMILIH WARNA LIPSTIK TERBAIK YANG MEMANG SESUAI DENGAN WARNA TUDUNG ATAU HIJAB SANGAT PENTING. KESERASIAN KEDUA-DUANYA MAMPU MEMBUATKAN PENAMPILAN  KITA MENJADI LEBIH CANTIK DAN MENARIK.

Lipstik merupakan salah satu item kecantikan yang wajib dimiliki oleh setiap wanita. Hanya dengan sapuan lipstik di bibir, penampilan kita akan nampak berbeza.

Bagi kita yang berhijab atau memakai tudung, sapuan lipstik perlu disesuaikan dengan warna  supaya wajah kita tidak kelihatan pucat dan nampak lebih segar.

warna lipstik terbaik

7 TIP PILIHAN WARNA LIPSTIK TERBAIK YANG SESUAI DIGAYAKAN BERSAMA WARNA TUDUNG YANG KITA GAYAKAN:

1. TUDUNG PUTIH

Jika kita memakai hijab atau tudung berwarna putih, cuba sapukan bibir kita dengan lipstik berwarna terang, seperti merah atau merah jambu.

Jika kita menggunakan lipstik berwarna merah, elakkan menyapu pemerah pipi atau blush on secara berlebihan. Ini adalah kerana warna lipstik terbaik itu telah memberikan kesan yang cukup menarik.

warna lipstik terbaik

2. TUDUNG HITAM

Sekiranya kita suka memakai tudung dengan warna-warna monochrome seperti hitam, kelabu ataupun biru tua, untuk memberikan kesan hidup dalam penampilan, warna lipstik terbaik adalah yang berwarna terang.

Kita boleh memilih warna merah terang, merah jambu terang ataupun oren terang. Warna-warna sebegini akan memberikan efek glamour, seksi dan misteri pada penamilan kita.

Sekiranya kita tidak berani untuk memakai liptsik yang terlalu terang, boleh juga gunakan lipstik berwarna nude.warna lipstik terbaik

3. TUDUNG PEACH

Ingin kelihatan lebih natural, tetapi masih kekal cantik? Boleh saja kita mengenakan lipstik berwarna merah jambu atau nude dengan  pemakaian tudung yang senada warnanya.

Kita akan kelihatan lebih feminine dan natural. Bulu mata yang sudah diaplikasikan dengan maskara akan membuatkan mata kita menjadi lebih ‘hidup’.

warna lipstik terbaik

4.TUDUNG UNGU

Bagi mendapatkan penampilan yang lebih memukau dan berbeza apabila mengenakan tudung berwarna ungu terang, pastikan kita memilih lipstik yang lebih gelap daripada warna tudung tersebut.

Jika anda gunakan warna unggu gelap, turunkan sikit warna lipstik. Misalnya warna pastel.warna lipstik terbaik

 

5. TUDUNG KUNING ATAU OREN

Apabila kita mengayakan tudung yang berwarna terang seperti kuning atau oren, pilihlah warna lipstik yang tidak terlalu menyala.

Keseimbangan dalam penampilan sangat penting. Tambahan pula tudung yang dipakai sudah menjadi fokus utama yang akan menonjolkan penampilan kita.

Warna  lipstik terbaik digunakan adalah warna-warna nude,coral, soft pink ataupun peach.warna lipstik terbaik

6. TUDUNG PASTEL 

Tudung berwarna pastel sering mendapat tempat di hati kita. Warna sebegini dapat memberikan penampian kita menjadi lebih feminin dan tetap menarik.

Ada banyak warna lipstik yang dikatakan serasi dengan tudung berwarna merah jambu ataupun pastel ini.Warna-warna feminin seperti lipstik soft pink  dan merah lembut atau tona mauve, coklat boleh dijadikan pilihan bagi mendapatkan kesan yang lebih natural.

Jika kita mahu penampilan kita lebih hidup atau menonjol, gandingan tudung berwarna pastel dengan lipstik bewarna terang seperti fuschia atau bright pink adalah warna lipstik terbaik.

warna lipstik terbaik

7. TUDUNG BERCORAK ATAU BERMOTIF

Jika kita gemar memakai tudung yang bercorak atau bermotif, kita hanya perlu memilih salah satu warna dari corak tersebut untuk dijadikan sebgai warna lipstik terbaik.

Pilihlah warna yang natural supaya penampilan kita tidak nampak berlebihan.

warna lipstik terbaik

Itulah beberapa yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan warna lipstik terbaik untuk digandingkan dengan warna tudung yang menjadi pilihan kita. Semoga bermanfaat.

Suka Artikel Ini? Kongsi Dengan Rakan Anda Di Facebook

Anda Mungkin Inginkan Bibir Yang Cantik, Penuh Dan Seksi

[btn text=”LIKE & SHARE HARIAN WANITA (MAMANET)” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...