Skip to main content

RESTORAN SECRET GARDEN BY SACC TAMPILKAN TEMA SELERA NUSANTARA UNTUK BUFFET RAMADAN 2022

Anda masih mencari-cari destinasi berbuka puasa yang menyajikan pelbagai hidangan yang menampilkan selera Nusantara? Jom ke Restoran Secret Garden By SACC.

Restoran Secret Garden By SACC yang terletak di tingkat bawah ibu pejabat PKNS yang baru ini sudah beroperasi sejak November 2021.

Bertemakan Selera Nusantara, restoran ini menawarkan lebih 50 sajian istimewa. Antaranya Udang masak Lemak, Sotong Berlado, Kambing Kusi, Ayam Bakar dan macam-macam lagi.

Fresh… Ikan Bakar
Ulam-ulaman dan ikan masin memikat selera
Yang suka daging kambing bakar memang puas hati!
Serius! Ayam Bakar-nya memang terbaik!

Menu utama akan berubah pada setiap hari dan anda juga boleh menikmati pelbagai menu enak daripada 8 gerai makanan yang tersedia. Antara menu yang terdapat di gerai makana tersebut ialah Char Kuew Teow, Roti John, Aneka Kuih Muih, Puding Roti,Lontong Selangor dan Pecal. Yang suka nak makan bubur lambuk dan minum Air Kathira, jangan lepas peluang untuk singgah ke gerai tersebut dan menikmatinya ya.

Harga Yang Ditawarkan Untuk Buffet Ramadan di Restoran Secret Garden By SACC:

Dewasa: RM45.00 nett

Kanak-kanak: 25.00 nett (berumur 7-10 tahun)

  • Bawah 6 tahun, percuma sahaja.

Buffet Ramadan bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.00 malam pada setiap hari (kecuali Isnin) bermula dari 5 April, sehingga 28 April, 2022.

Jika anda mahu membuat tempahan berbuka puasa, terus hubungi di talian 03-55250300 ext 1956 atau 016-5206155.

Aneka kuih-muih

Yang buat tempahan awal, pasti senang hati sebab harganya sangat berbaloi. Hanya RM35.00 nett untuk dewasa.

https://sacc.onpay.my/order/form/secretgarden-2022

Anda juga boleh layari Facebook: www.facebook.com/secretgardenbysacc untuk mengetahui lebih lanjut atau meninjau terlebih dahulu suasana persekitaran di restoran tersebut. Tak pun layari wwww.instagram.com/secretgardenbysacc 

Selamat berbuka puasa di Restoran Scret Garden By SACC !

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...