Skip to main content

6 KHASIAT MADU UNTUK IBU MENGANDUNG DAN JUGA BAYI

Khasiat madu untuk ibu mengandung juga tidak kurang hebatnya. Pengambilan madu pada setiap hari oleh ibu mengandung akan menambah kekuatan ibu mengandung.

Madu merupakan salah satu hasil semulajadi dari lebah. Ia sangat baik untuk kesihatan badan dan juga kecantikan muka.

Madu mengandungi zat besi, vitamin, kalium, thiamin, natrium, glukosa, naisin, magnesium, riboflavin, mangan dan banyak lagi. Salah satu keunggulan khasiat madu adalah antibiotik yang berguna sebagai sumber energi dan sangat disarankan buat ibu mengandung.

Ibu mengandung boleh menikmati madu secara terus atau mencampurkannya pada jus buah ataupun susu ibu mengandung. Kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan sangat penting untuk dijaga.

Secara khususnya madu dapat membantu perkembangan fizikal dan mental bayi yang dikandung sehingga dapat membesar dengan lebih sihat. Jadi, sebab itulah kita perlu ketahui khasiat madu untuk ibu mengandung.

BACA: KETAHUI CARA MENGHILANGKAN RASA MUAL DENGAN 20 LANGKAH

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET ” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

khasiat madu untuk ibu mengandung

INILAH ANTARA KHASIAT MADU UNTUK IBU MENGANDUNG DAN JUGA BAYI:

  1. MEMBERIKAN ENERGI

Madu mempunyai rasa manis dari sukrosa iaitu sejenis bentuk gula yang sifatnya lebih selamat berbanding glukos.

Di dalamnya juga terdapat vitamin B kompleks, karbohidrat kompleks dan zat besi yang akan memenuhi keperluan ibu mengandung.

Sukrosa juga menjadi pilihan sumber energi yang lebih sihat, vitamin B kompleks yang merupakan stimulasi penting bagi sel dalam menjalankan metabolisme.khasiat madu untuk ibu mengandung

  1. MENINGKATKAN DAYA KETAHANAN BADAN

Selera atau nafsu makan yang menurun pada ibu mengandung boleh membuatkan daya ketahanan badan menjadi lemah, sehingga jatuh sakit.

Keadaan ini tidak bagus untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Untuk membantu meningkatkan daya ketahanan badan, ibu mengandung digalakkan untuk minum madu setiap hari.

Madu yang kaya dengan vitamin C, flavonoid dan antioksidan sangat berguna untuk mencegah radikal bebsa dan meningkatkan sistem ketahanan badan ibu mengandung.

Vitamin C yang terkandung dalam madu juga turut membantu menjaga kesihatan dan kebersihan kulit ibu mengandung dan bayinya.khasiat madu untuk ibu mengandung

  1. MENCEGAH RASA LOYA DAN MUAL

Rasa loya dan mual sering dialami oleh ibu hamil, khusunya yang baru pertama kali mengandung.

Rasa loya dan mual tersebut kerap terjadi pada sebelah pagi (morning sickness), tetapi ada juga yang mengalaminya berkali-kali sepanjang hari.

Untuk mengatasi, pengambilan  madu secara rutin setelah bangun tidur amat digalakkan. Madu juga mempunyai sifat anti inflamasi dan astringent yang baik untuk perut yang terasa panas kerana angin dalam perut.khasiat madu untuk ibu mengandung

  1. MELANCARKAN PERJALANAN DARAH

Masalah tekanan darah rendah, tekanan darah tinggi dan kurang darah sering menghampiri ibu mengandung.

Jika tidak ditangani secara serius, perkara ini boleh menyebabkan bayi lahir pra matang. Untuk mengatasi masalah darah, salah satu perkara yang boleh dilakukan adalah memanfaatkan khasiat madu.

Di samping itu juga, pengambilan madu secara rutin dapat membantu masalah kaki yang bengkak dan mudah cram terutama ketika kandungan memasuki trimester ketiga.

Ini adalah kerana efek dari ukurran perut yang membesar dan mula menyebabkan perjalanan atau kitaran darah dan cairan ke arah kaki tidak berjalan dengan lancar.

Kandungan vitamin B, natrium, kalium dan mangnesium pada madu cukup membantu masalah ini. Khasiatnya dapat membantu mengembalikan keadaan perjalanan darah dan cairan dalam badan.khasiat madu untuk ibu mengandung

  1. MEREDAKAN STRESS DAN INSOMNIA

Di dalam madu terdapat satu persenyawaan unik iaitu tryptophan yang bekerja untuk mengarah badan mengeluarkan hormon serotonin.

Hormon ini akan berfungsi untuk memberikan efek menenangkan, ceria, selesa dan lebih relaks. Selain itu, hormone serotonin juga bekerja untuk membantu ibu mengandung supaya dapat tidur dengan lebih lena.

khasiat madu untuk ibu mengandung

Itulah beberapa khasiat madu untuk ibu mengandung yang perlu diketahui. Walaupun khasiatnya terlalu banyak, namun ibu mengandung perlu lebih selektif ketika membelinya. Pastikan madu tersebut benar-benar asli dan bukannya yang tiruan dan telah dicampur dengan pelbagai jenis pemanis dan pewarna.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...