Skip to main content

“RAYA PENUH-PENUH’ INISIATIF TERBAIK BAKE WITH YEN

Rangkaian pembekal bahan bakeri No. 1 di Malaysia, Bake With Yen (BWY) telah memperkenalkan satu inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia, khasnya baker atau individu yang membuat kek dan kuih bagi menikmati musim perayaan ini sepenuhnya.

Selepas melalui pelbagai kawalan dan sekatan pergerakan selama dua tahun, rakyat Malaysia kini boleh meraikan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang lebih meriah, seperti tahun-tahun sebelum – dengan berbuka puasa bersama, kembara merentasi sempadan untuk pulang ke kampung halaman dan paling utama, memasak dan menyediakan pelbagai juadah serta kuih-muih untuk keluarga dan rakan-rakan tersayang. 

Memahami kepentingan ini, Bake With Yen (BWY) telah memperkenalkan satu inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia, khasnya baker atau individu yang membuat kek dan kuih untuk menikmati musim perayaan ini sepenuhnya dengan seruan lantang “Raya Penuh-Penuh”. 

Inisiatif yang diadakan termasuk program “Jimat Penuh-Penuh” yang menawarkan barangan asas dan keperluan baking pada harga terendah di pasaran.

Mengumumkan inisiatif Raya Penuh-Penuh di superstore baharu BWY di Taman Tun Dr Ismail, Alexandre Rosso yang bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat BWY. 

Beliau, berkata, “Gabungan pandemik yang melanda dan impaknya terhadap rantaian bekalan global, kekurangan barang mentah dan tenaga kerja telah membawa kepada peningkatan harga barangan. Prihatin bahawa cabaran-cabaran ini memberi kesan terhadap perbelanjaan rakyat, BWY memanfaatkan skala besar yang ada padanya, serta hubungan baik yang terjalin dengan para vendor dan pengilang untuk memastikan harga barangan kekal pada harga mampu milik demi kepentingan pelanggan. 

“Dengan 90 cawangan kedai di seluruh negara yang menyediakan khidmat kepada segenap kumpulan baker, kami menggunakan skala ekonomi yang ada, serta kemudahan pengeluaran dan pembungkusan sendiri untuk memastikan harga barang kekal berpatutan. 

Ini merupakan cara kami untuk memberikan jaminan kepada bakers di seluruh Malaysia untuk terus menyediakan sajian kuih-muih terbaik kepada pelanggan, keluarga dan rakan-rakan tanpa berkompromi terhadap kualiti. 

Seterusnya memastikan musim membuat kuih tanpa gelisah kepada semua sepanjang Ramadan ini serta sambutan Hari Raya kelak,” ujar Rosso. 

Jenama yang mengambil bahagian dalam inisiatif BWY ini termasuk bahan buatan kesukaan ramai, antaranya Lurpak, Anchor, Oreo dan Nutella. Inisiatif harga ini juga melibatkan pengekalan harga 100 barangan asas dari produk keluaran jenama BWY sendiri serta mentega BWY yang terkenal, Ausicows Butter, ditawarkan pada harga RM7.90 bagi 250g dan merupakan harga yang paling rendah di pasaran.

Di hari pelancaran tersebut Rosso dan pasukan chef BWY telah memperkenalkan beberapa produk khas yang dikeluarkan dari rangkaian pembekal bahan bakeri, dengan pra-campuran unik “Nasi Lemak Crunchy Cookie”. 

Pra-campuran yang mudah disediakan ini merupakan produk ke-52 dalam pilihan pra-campuran kek dan biskut popular BWY dan diperkenalkan di pasaran bertepatan dengan musim Hari Raya ini. 

“Rakyat Malaysia amat menggemari nasi lemak, malah mereka boleh menikmatinya sepanjang hari! Chef-chef kami telah mendapat ilham daripada tabiat ini dan menjalani kajian untuk menerapkan keenakan rasa hidangan ini dalam bentuk biskut. Ramai ingin menikmati biskut ini lagi setelah merasainya,” kata Rosso. 

Sebagai tambahan pada promosi harga “Jimat Penuh-Penuh” dan pra-campuran Nasi Lemak Crunchy Cookie, inisiatif “Raya Penuh-Penuh” BWY juga melibatkan “Tukar & Jimat”, satu kerjasama unik dengan penyedia kelengkapan dapur Innofood. 

Para baker yang ingin menaik taraf mesin pengadun mereka boleh mendapatkan mesin baharu pada harga diskaun dan potongan harga melalui pertukaran dengan mesin lama. 

Rosso berkata, kajian BWY mendapati kebanyakan pengusaha kek dan roti cuba untuk mendapatkan perkakasan yang lebih baik sebelum musim sibuk mereka. 

“Kami ingin membantu bakers dalam persekitaran semasa dan membolehkan mereka mendapatkan yang terbaik pada musim ini tanpa perlu risau akan kerosakan pada alatan yang digunakan atau perlu membuat kerja secara manual. Usaha sama dengan Innofood adalah satu lagi cara BWY mengambil berat terhadap keperluan pelanggan kami,” tambahnya. 

Elemen-elemen lain dalam inisiatif “Raya Penuh-Penuh” termasuk pemberian kurma dan sampul duit Raya secara percuma serta demonstrasi membuat kuih di cawangan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program ‘Raya Penuh-Penuh’, promosi semasa Bake With Yen dan pelbagai resipi mudah, kunjungi mana-mana daripada 90 cawangan BWY di seluruh negara. 

Ikuti Bake With Yen di laman Instagram dan Facebook, atau layari laman rasmi kami di www.bakewithyen.my.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .