Skip to main content

6 BAHAYA TIDUR DEKAT DENGAN HANDPHONE, BOLEH KENA KANSER DAN TUMOR OTAK!

Ternyata bahaya tidur dekat dengan handphone atau telefon bimbit sememangnya tidak boleh kita ketepikan atau buat tak kisah sahaja.

Kesan jangka panjangnya untuk kesihatan kita terlalu banyak. Sebelum menyesal tidak berkesudahan di kemudian hari, lebih baik kita hentikan tabiat buruk ini serta-merta selepas membaca artikel ini!

Tidak dinafikan ada di kalangan kita yang menjadikan handphone sebagai sahabat sejati.

Sebagai sahabat sejati sudah tentulah ia banyak membantu memudahkan kita dalam segala perkara, terutama untuk memudahkan kita berkomunikasi dengan orang lain.

Namun, meskipun sebagai sahabat setia ternyata handphone juga mempunyai bahaya tersendiri yang tidak disedari oleh kita. Apatah lagi, ramai di antara kita yang sering tidur atau tertidur dekat dengan handphone, termasuklah meletakkannya di bawah bantal!

Handphone mempunyai pancaran radiasi yang tinggi dan tidak nampak dengan mata kasar. Jadi, perkara inilah yang membuatkan kita tidak menyedari akan bahaya tidur berdekatan dengannya.

Radiasi handphone bersifat carcinogenic yang boleh mempengaruhi susunan saraf manusia yang mana akhirnya dapat menyebabkan kanser atau tumor.bahaya tidur

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

BACA: KETAHUI KENAPA ANDA BOLEH MATI MENGEJUT KERANA TIDUR

BERIKUT BEBERAPA BAHAYA TIDUR BERDEKATAN DENGAN TELEFON BIMBIT:

1.TUMOR OTAK

Radiasi handphone boleh mempengaruhi terbentuknya neoplasma dari regenerasi sel yang tidak sepatutnya.

Biasanya tumor otak menyerang orang dewasa pada umur yang produktif. Namun, boleh juga menyebabkan tumor pada kanak-kanak.

Mulai hari ini usahakan untuk tidak terlalu kerap menggunakan handphone. Apatah lagi sampai membiasakan diri tidur berdekatan dengan handphone.bahaya tidur

  1. KANSER

Hampir sama juga dengan tumor otak, radiasi handphone boleh mempengaruhi proses pembelahan sel-sel di dalam tuuh kita sehingga menjadi tidak terkawal.

Sel-sel abnormal ini kemudiannya menyerang jaringan terdekat yang secara rutin bersentuhan langsung dengan handphone, seperti kulit dan telingga.

Bahagian anggota badan lainnya seperti perut juga boleh terdedah radiasi handphone sehingga menyebabkan kanser.

Ini adalah kerana ketika tidur kita biasanya tidak sedar telah meletakkannya di bawah badan dan menindihnya.

bahaya tidur

  1. SAKIT KEPALA

Radiasi handphone juga boleh menyebabkan sakit kepala. Lebih-lebih lagi jika kita termasuk dalam kategori orang yang sensitif terhadap gelombang RF yang dipancarkan.

Ia boleh menyebabkan sakit kepala, pening, mual-mual dan juga muntah.

  1. KELETIHAN

Handphone boleh membuatkan kita menjadi tidak boleh tidur dengan lena. Adakalanya kita menjadi terlalu asyik dengan membalas Whatapps, membuka Facebook, Instagram, bermain games , membaca informasi-informasi dari internet dan sebagainya.

Di samping itu, handphone yang berada dekat dengan kita juga boleh membuatkan kualiti tidur kita terganggu.
Walaupun kita tertidur, apabila tersedar, kita masih mengingati beberapa perkara yang terjadi ketika kita tertidur. Perkara ini akan membuatkan kita mengalami keletihan ketika bangun pada keesokan harinya.

Di samping itu, bahaya tidur dengan handphone juga boleh membuatkan proses metabolisme badan akan terhalang.

Ini adalah kerana apabila kita terdedah radiasi handphone atau bila tidur kita menjadi tidak nyenyak, maka proses metabolisme badan akan terganggu sehingga proses menghadaman makanan ataupu proses detoksifikasi racun di dalam badan juga akan turut terganggu.bahaya tidur

  1. PENYAKIT ALZHEIMER

Penyakit alzheimer memang tidak berjangkit dan biasanya menyerang seseorang yang sudah tua.

Namun bagi kita yang sudah terbiasa tidur berdekatan dengan handphone, radiasinya boleh mempercepatkan lagi proses kita untuk mengalami alzheimer.

Radiasi yang dihasilkan dari handphne sudah pasti memberikan efek negatif pada otak.bahaya tidur

  1. RISIKO TERBAKAR

Jangan pandang sebelah mata dengan bahaya tidur dekat dengan handphone yang satu ini.

Malang tak berbau, apabila nasib tidak menyebelahi kita, siapa sangka handphone boleh meletup dan terbakar di tempat tidur!

Jadi, adalah lebih baik jika kita menjauhkan handphone dari tempat tidur.

xSelain itu, hati-hati ketika mengecasnya dan tertidur di sisinya.

Ini adalah kerana apabila kuasanya sudah penuh dan kita lupa untuk mencabut dan menutup suisnya, jadi handphone akan menjadi panas sehingga membuatnya meletup sehingga terbakar. Pastikan juga kita memilih bateri yang original dan menepati spesifikasinya.

bahaya tidur

Itulah antara bahaya tidur dengan handphone yang mengundang banyak risiko masalah kesihatan kita. Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...