Skip to main content

ELAK MAKAN 6 JENIS MAKANAN INI KETIKA BERDIET

Jika anda sedang berdiet, ada beberapa jenis makanan yang perlu dihindari bagi mencapai hasrat anda untuk kurus!

Sewaktu berdiet kita sememangnya perlu memilih makanan yang tidak boleh menggagalkan diet kita. Kita kena ingat, bukan semua jenis makanan yang kita makan itu bagus untuk diet.

Jenis makanan yang paling perlu kita hindari ialah makanan yang mempunyai kalori  tinggi dan mengandungi lemak yang tinggi.

Lagipun makanan ini bukan sahaja menyebabkan kegemukan. Malahan kebanyakannya tidak bagus untuk kesihatan jangka panjang kita apabila diambil secara berterusan dalam tempoh lama.

makanan pantang

BERIKUT BEBERAPA JENIS MAKANAN YANG PERLU DIPANGKAH SEPANJANG KITA MENJALANI PROSES DIET:

  1. NASI PUTIH

Nasi putih perlu kita elakkan kerana mengandungi karbohidrat yang tinggi sehingga boleh menyebabkan kadar gula kita meningkat.

Jika mahu menikmati nasi, pililah. Kalau kita sedang berdiet lebih elok jika kita menggantikan nasi putih dengan beras perang atau bijirin gandum.

makanan pantang

  1. MAKANAN BERLEMAK

Makanan berlemak adalah jenis makanan yang perlu kita jauhi daripada menu harian. Saturated fat dan lemak trans merupakan lemak jahat yang jika diambil secara berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung disebabkan peningkatan kadar kolesterol jahat.

Makaroni keju,ais krim,kuning telur dan seafood adalah antara makanan yang berlemak jahat dan perlu kita hindari.

makanan pantang

  1. MAKANAN BERGORENG

Selain makanan berlemak tinggi, makanan bergoreng juga perlu kita jauhi ketika berdiet. Kandungan lemak tepu yang tinggi menyebabkan penimbunan kadar lemak dalam badan.

Selain mengandungi lemak, makanan bergoreng juga mengandungi kalori yang cukup tinggi sehingga meningkatkan lagi kolesterol dalam badan. Jadi, adalah lebih baik jika kita menikmati makanan yang diolah secara panggang, rebus ataupun dikukus.

makanan pantang

  1. MAKANAN SEGERA/RINGAN/KUDAPAN

Makanan segera, ringan ataupun kudapan biasanya mengandungi kalori dan sodium yang tinggi. Kandungan sodium atau garam yang tinggi akan membuatkan nafsu makan kita bertambah dan sudah pasti akan menambahkan lagi berat badan kita.

Manakala makanan segera yang boleh membuatkan kita jadi bertambah gemuk, antaranya hotdog, burger, pizza dan kentang goreng.

makanan pantang

  1. MINUMAN BERKARBONAT DAN MENGANDUNGI PEMANIS

Miuman berkarbonat serta mengandungi pemanis sangat tinggi kandungan gulanya. Kandungan gula yang tinggi boleh bukan sahaja membuatkan kita gemuk jika diambil secara berterusan.

Minuman tersebut memang segar di mulut, namun ia bukan sahaja boleh menggagalkan diet kita tetapi juga boleh menyebabkan kita terkena penyakit diabetis.

Di samping itu minuman sachet yang manis atau berenergi juga harus kita hindari. Kandungan gula dan kafein yang tinggi akan membahayakan kesihatan kita.

makanan pantang

  1. MEE SEGERA

Mee segera biasanya mengandungi karbohidrat tinggi tetapi rendah nutrisi.

Ketika dalam proses pembuatan, mee segera mempunyai bentuk yang sangat panjang dan kemudiannya dilipat. Setelah itu digoreng, kemudian dikeringkan di dalam ketuhar panas.

Proses ini akan membuatkan mee tersebut mengandungi lemak tinggi. Selain daripada mempunyai kandungan lemak yang tinggi, ada banyak lagi alasan lain seperti bahan pengawet yang membuatkan mee segera  ini tidak bagus untuk kesihatan kita.

makanan pantang

Itulah beberapa jenis makanan yang wajib kita hindari ketika berdiet.Semoga kita sama-sama berjaya menurunkan berat badan!

BACA 9 TIP KURUS CEPAT DALAM MASA 30 HARI

DAPATKAN RESEPI SARAPAN RINGKAS DAN SIHAT

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...