Skip to main content

Cara Besarkan Payudara - 5 langkah berkesan

cara besarkan payudaraPayudara merupakan simbol kewanitaan yang menjadi  anugerah Tuhan yang tidak ternilai buat kaum wanita. Sekiranya anda tidak mempunyai saiz payudara idaman, jangan kecewa. Anda boleh berusaha mencantikkan diri anda dengan mencuba 5 cara besarkan payudara semulajadi ini.

 

Mamanet tahu payudara yang besar,montok dan pejal menjadi idaman  setiap wanita. Hubungan seksual juga dikatakan menjadi lebih menyeronokkan dan puas kerana anda sendiri puas dan bangga dengan bentuk tubuh anda yang sempurna.

 

Berbagai cara digunakan untuk membesarkan payudara, termasuk menggunakan suntikan, teknik urutan dan juga semulajadi. Beberapa cara besarkan payudara secara sihat dan semulajadi dapat membantu anda yang memiliki payudara kecil agar kelihatan lebih seksi sehingga dipandang menarik oleh pasangan anda.

 

Baca juga: Rahsia Suami Isteri – 5 Cara Nyala Gelora Nafsu!

 

Berikut Cara Besarkan Payudara Sihat Dan Semulajadi:

 Cara Besarkan Payudara

  1. Bawang Merah

Cara besarkan payudara dengan menggunakan bawang merah ini dikatakan cukup berkesan. Campur dan gaul sebati bawang merah segar (ditumbuk kasar), madu asli dan serbuk kunyit, setelah itu sapukan pada payudara sambil mengurut perlahan-lahan payudara .

 

Tip ini bermanfaat untuk menegangkan, membesarkan serta mencegah payudara kendur. Anda disarankan memakai coli atau bra sepanjang masa selama dua hari.

 

Cara Besarkan Payudara

  1. Putih Telur

Putih telur boleh digunakan sebagai salah satu cara besarkan payudara secara semulajadi. Sapukan putih telur secara merata ke seluruh bahagian payudara. Anda disarankan mengurut payudara perlahan-lahan sambil menyapu putih telur tersebut.

 

Biarkan semalaman dan keesokan harinya bilas dengan menggunakan air suam dan jangan lupa lakukan gerakan mengurut secara melingkar. Untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan, buatlah seminggu tiga kali.

 

Baca juga: Anda Pendek? Ada 5 Cara Nak Tinggi Dengan Cepat!

 

 

  1. Daun Sirih

Ambil beberapa helai daun sirih, yang masih muda, lebar dan berwarna hijau cerah.  Sapukan minyak kelapa secukupnya pada daun sirih tersebut. Setelah itu layurkan menggunakan api lilin dan sapukan pada payudara. Biarkan kering dan lakukan secara berulang kali. Buat tiga kali seminggu.

 

Cara Besarkan Payudara

  1. Kacang Panjang

Anda boleh cuba cara besarkan payudara dengan sayur kacang panjang.Tuam payudara dengan air panas suam, usap lembut dengan tuala kecil. Ambil beberapa batang kacang panjang, kemudian kisarkan halus. Setelah itu lumurkan kacang panjang yang sudah dikisar halus ke seluruh permukaan payudara. Biarkan selama empat jam. Lakukannya, 3 kali seminggu.

 

 

  1. Bersenam

Jika mahu payudara anda kelihatan lebih besar, cubalah untuk melatih otot-otot dada anda. Misalnya, melakukan senaman push up, kerana ketika anda melakukan push up ia akan menguatkan dan menegangkan otot bahagian dada sehingga mampu membentuk payudara yang lebih cantik dan mantap.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...