Skip to main content

KETAHUI PUNCA SEBENAR PAYUDARA GATAL DAN SOLUSI PALING MUDAH MENGATASINYA

MASALAH PAYUDARA GATAL SERING DIALAMI OLEH MEREKA YANG KURANG MENITIKBERATKAN SOAL KEBERSIHAN PAYUDARA. MALAHAN, DIA MUNGKIN TIDAK PERNAH MERAWAT PAYUDARANYA PUN!

Sungguhpun begitu, masalah payudara gatal ini boleh disebabkan kerana perubahan hormon sepanjang kehamilan atau menstruasi.

Kegatalan di payudara boleh menyebabkan kita berasa tidak selesa sehingga menganggu aktiviti seharian kita. Payudara merupakan bahagian tubuh wanita yang cukup sensitif.

Kebanyakan wanita yang berbadan besar atau berisi kerap mengalami rasa gatal di payudaranya. Ini adalah kerana wanita yang berpayudara besar memiliki kawasan kulit yang tertutup di bahagian bawah payudara.

Kawasan tersebut membentuk lipatan dan kulit menjadi lembab kerana saling bergesel sehingga menimbulkan iritasi dan kegatalan.

Okaylah, sebelum kita mengetahui cara untuk mengatasi masalah ini, ada baiknya kalau kita ketahui terlebih dahulu apa penyebab payudara gatal.gatal payudara

4 PENYEBAB PAYUDARA GATAL

  1. PEMAKAIAN BRA

Ada yang mengalami rasa gatal itu disebabkan akibat ukuran bra atau pakaian dalam yang terlalu ketat ataupun terlalu longgar.

Selain berfungsi untuk menyokong payudara, pemakaian bra juga bertujuan untuk melindungi payudara.Ukuran atau saiz bra yang tidak tepat boleh menyebaban geselan pada payudara dan menimbulkan iritasi serta rasa gatal.payudara gatal

  1. PENGGUNAAN SABUN MANDIAN ATAU SABUN PENCUCI PAKAIAN

Payudara merupakan bahagian yang sensitif, jadi penggunaan sabun mandian atau sabun pencuci pakaian boleh menyebabkan payudara gatal.

Ada  di antara sabun mandian yang boleh membuatkan kulit menjadi kering sehingga menganggu kesihatan payudara.

Begitu juga dengan sabun pencuci pakaian. Kesan-kesan sabun yang tertinggal di bra akan membuatkan kulit payudara iritasi.payudara gatal

  1. INFEKSI

Infeksi atau jangkitan mudah menyerang wanita yang sedang menyusukan bayinya. Biasanya kulit di sekitar puting akan menjadi kering akibat terlalu kerap menyusui.

Perkara inilah yang menyebabkan kemasukkan bakteria atau kulat ke sekitar payudara sehingga menimbulkan infeksi dan juga rasa gatal.payudara gatal

4. STRES

Stres membuatkan hormon dalam badan wanita menjadi tidak stabil. Perkara inilah yang akan menyebabkan munculnya rasa gatal di sekitar payudara.

Selain itu, stres boleh membuatkan daya ketahanan badan kita jadi lemah sehingga bakteria dengan mudah menyerang.gatal payudara

SOLUSI TERBAIK MENCEGAH PAYUDARA GATAL

Rajin-rajinlah merawat payudara dan menjaga kebersihannya. Periksa kawasan puting, jika terdapat kulit berisisik dan sebagainya mungkin keadaan kulit sedang kering.

Hindari pemakaian bra berenda, bedak dan bra yang terlalu ketat terutama bra berdawai yang boleh mengundang rasa gatal pada payudara.

Pakailah bra yang bersih serta selesa dan paling penting tepat ukurannya.

Pada malam hari, tanggalkan bra ketika tidur supaya payudara kita boleh relaks seketika.

Lagipun pemakaian bra ketika tidur juga boleh menyebabkan kualiti tidur kita menurun. Ini adalah kerana pemakaian bra yang ketat ketika tidur boleh membuatkan kita gelisah dan tidurpun menjadi tidak nyenyak.

Jika rasa gatal tersebut masih tidak berkurangan segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Semoga artikel payudara gatal ini bermanfaat untuk semua.payudara gatal

INGIN MENDAPATKAN BRA YANG BAGUS DAN MURAH? KLIK SINI

ZANZEA

SUMMER SEAMLESS

Anda Suka Artikel InI? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook

Anda Mungkin Ingin Tahu Cara Menegangkan Payudara Kendur

[btn text=”LIKE & SHARE HARIAN WANITA (MAMANET)” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://web.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

 

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...