Skip to main content

7 CARA TERBAIK BANTU WANITA CEGAH KANSER PAYUDARA

Salah satu cara yang sangat efektif untuk cegah kanser payudara adalah dengan mengubah gaya hidup sihat.

Penyakit kanser payudara ini biasanya terjadi kerana beberapa punca seperti faktor genetik, terdedah kepada bahaya kimia dan gaya hidup yang kurang sihat. Ia menyebabkan kanser berkembang dengan pesat ketika memasuki usia menopaus.

Apapun sebagai wanita, kita juga pasti mahukan bentuk badan yang cantik dan menarik serta tidak mengalami gangguan kesihatan atau penyakit yang mengancam nyawa seperti #kanser payudara.

Jadi, salah satu cara terbaik untuk menghindari atau cegah kanser payudara adalah dengan mengurangkan risikonya dari sekarang!

 cegah kanser payudara

CARA TERBAIK UNTUK CEGAH KANSER PAYUDARA:

  1. LAKUKAN PEMERIKSAAN PAYUDARA

Cara paling mudah untuk cegah kanser payudara, selain secara rutin membuat pemeriksaan doktor, kita juga boleh melakukan pemeriksaan sendiri.

Pastikan cara yang kita lakukan itu betul. Pemeriksaan yang dilakukan sendiri merupakan cara paling efektif untuk mengesan secara semulajadi dalam mengenalpasti kelainan pada organ payudara.Cegah Kanser Payudara

  1. PERBANYAKKAN PENGAMBILAN BUAH DAN SAYUR-SAYURAN

Ada beberapa jenis buah dan sayur-sayuran yang dipercayai boleh mencegah kita daripada terkena kanser payudara.

Pilihlah buah dan sayur-sayuran yang keadaannya masih segar. Letakkan sayuran berwarna-warni seperti kobis, brokoli, kobis bunga, bayam dalam menu diet kita. Begitu juga dengan keledek, labu, tomato dan lobak merah.

Buah epel, delima, keluarga Beri seperti strawberi, raspberi, blueberi dan blackberi dikatakan mampu memperlambatkan pertumbuhan sel kanser.cegah kanser payudara

  1. PILIH MAKANAN KAYA ANTIOKSIDAN

Antioksidan sangat penting untuk membunuh bakteria dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel sihat di dalam badan.

Antioksidan juga melindungi sel tubuh dengan menghalang pembentukan radikal bebas serta meningkatkan daya ketahanan badan secara keseluruhan.

Kurma, kiwi, tomato, mangga, avokado, anggur, jambu batu dan buah manggis adalah antara makanan yang kaya antioksidan.cegah kanser payudara

  1. MAKANAN BERSERAT TINGGI

Serat makanan sangat penting untuk menunjang kesihatan secara optimum. Makanan tinggi serat boleh diperoleh dalam pelbagai jenis makanan kita sehari-hari seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang-kacangan dan biji-bijian.

Makanan berserat ini perlu disertakan di dalam setiap waktu makan, termasuklah ketika bersarapan pagi.

Serat dapat memperlambatkan proses penyerapan estrogen dalam darah. Estrogen dikatakan merupakan faktor pertumbuhan dan perkembangan awal dari kanser payudara.cegah kanser payudara

  1. MENJAGA BERAT BADAN

Menjaga atau mengawal berat badan supaya tidak obesiti merupakan cara berkesan untuk mencegah atau menghindari diserang pelbagai penyakit.

Wanita yang mengalami pertambahan berat badan atau obesiti setelah menopause mempunyai risiko terkena kanser payudara sebanyak 30-60 peratus.

Manakala wanita yang belum mencapai masa menopause pula berisiko terkena kanser payudara 20-40 peratus lebih tinggi dibandingkan dengan mereka yang mempunyai berat badan yang normal.

Perubahan berat badan dan waktu terjadinya kenaikan berat badan ini saling berkait dengan keadaan hormon di dalam badan. Jadi, menjga berat badan supaya tetap ideal adalah  salah satu cara untuk mencegah kanser payudara yang boleh kita lakukan.cegah kanser payudara

  1. BERSENAM SECARA RUTIN

Bersenam merupakan salah satu cara cegah kanser payudara. Ini adalah kerana dengan bersenam kita dapat menurunkan kadar estrogen dalam badan.

Sekiranya kita tidak pernah bersenam peningkatan estrogen dalam badan akan jadi semakin meninggi sehingga menyebabkan tingginya risiko terkena kanser payudara. Bersenam juga akan mengeluarkan toksin atau racun dalam badancegah kanser payudara

  1. MENYUSUKAN ANAK

Menyusukan anak atau bayi bukan sahaja bermanfaat untuk si comel. Malahan, sebagai ibu kita juga memiliki manfaat yang luar biasa.

Wanita yang menyusukan anaknya dikatakan mempunyai risiko yang lebih kecil untuk terkena kanser payudara berbanding dengan wanita yang tidak pernah berbuat sedemikian.cegah kanser payudara

Cara untuk cegah kanser payudara ini memang penting untuk kita ketahui, dan jangan lupa untuk menerapkan gaya hidup yang sihat!

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .