Apakah cara terbaik untuk goda suami di bilik tidur? Kenakan baju tidur seksi merupakan trik paling mudah dan berkesan yang boleh dilakukan oleh para isteri sekalian untuk menggoda suaminya selain beraksi manja-manja!
Tidak semua wanita yang bergelar isteri benar-benar memahami betapa pentingnya memakai baju tidur atau lingerie seksi. Rekaan dan potongan yang cukup ‘hot’, dianggap tidak sesuai buat kebanyakan wanita terutama bagi isteri-isteri yang pemalu.
Sekiranya selama ini anda hanya tidur dengan memakai baju kelawar atau T-shirt yang digandingkan bersama kain batik, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mengubah gaya berpakaian tersebut.
Cuba ingat balik, bilakah kali terakhir anda berpakaian seksi di hadapan suami ketika di bilik tidur? Jika sudah terlalu lama atau tidak pernah, inilah peluang terbaik untuk goda suami dengan mengenakan baju tidur seksi.
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]
BACA: TIP UNTUK DISAYANGI SUAMI SELAMANYA
UNTUK GODA SUAMI DENGAN MENGAYAKAN BAJU TIDUR SEKSI ADALAH SESUATU YANG PATUT DICUBA!
Apatah lagi jika pasangan anda kelihatan seperti sudah kehilangan keghairahannya terhadap anda. Cubalah berekspresi dengan pelbagai jenis lingerie seksi yang pastinya akan membuatkan pasangan anda terpegun dan ‘cair’ apabila melihatnya.
Pilihlah baju tidur yang dirasakan berpotongan seksi, dan biarkan sang suami melihat tubuh anda dalam balutan pakaian yang jarang serta mengghairahkan.
Nak tahu jenis baju tidur yang mampu membangkitkan ghairah seksual anda dan suami, semak di bawah:
CUBA GODA SUAMI ANDA DENGAN 5 PILIHAN BAJU TIDUR SEKSI INI!
- Kimono Polos
Baju tidur jenis kimono seksi ini sesuai buat anda yang ingin kelihatan seksi di hadapan suami, namun masih ‘malu-malu kucing’.
Biasanya rekaan dan potongan baju ini cukup ringkas, polos namun tetap menonjolkan keanggunan seorang wanita.
Paduan renda pada bahagian tengahnya merupakan titik penting yang boleh menarik perhatian sang suami. Material lembut dan ‘jatuh’ sangat selesa untuk dikenakan saat beradu.
- Teddies
Baju tidur jenis teddies yang cukup seksi dan hot ini memang sesuai digayakan oleh anda yang punya keberanian untuk tampil seksi dan menggoda.
Rekaan baju ini seperti bikini, ia merupakan gabungan dari bra dan seluar dalam. Baju ini betul-betul boleh dijadikan alat untuk anda menggoda suami, dijamin dapat menggoncang nafsu berahinya!
- Babydoll
Baju tidur jenis Babydoll lebih digemari kerana selesa dan mudah dipakai. Berpotongan gaun pendek separas paha dan diperbuat daripada material yang jarang.
Rekaannya sangat bervariasi, boleh terdedah di bahagian depan ataupun di belakang.
- Chemise
Sekali pandang, baju tidur jenis Chemise ini tak ubah seperti Babydoll. Tetap jarang atau ‘see through’, namun diberikan potongan garis A (A-Line) yang melebar ke bawah.
Manakala bahagian dada ke bawah pula terdedah dan membentuk belahan seperti huruf A, sedangkan bahagian atasnya berhalter dan dilengkapi dengan tali yang halus.
- Camisole
Untuk goda suami agar lebih ghairah, tak ada salahnya jika anda tampil di bilik tidur dengan baju seksi menggoda.
Camisole adalah pakaian dalam seksi yang boleh juga dikenakan sebagai baju tidur. Ini adalah kerana materialnya yang nipis dan lembut.
Anda bolehlah memadankan baju tidur wanita jenis ini dengan thong atau G-string.
Itulah beberapa trik goda suami di bilik tidur yang boleh dipraktik agar si suami semakin sayang. Jangan malu untuk mencubanya demi kebahagiaan dan keutuhan rumahtangga yang dibina bersama.






Comments
Post a Comment