Skip to main content

Cara Buat Salad Buah Untuk LULUS Diet Anda

Cara buat salad buah
Salad buah bukan sahaja enak malah menyihatkan tubuh anda.

Salad buah merupakan desert yang cukup digemari oleh ramai orang. Mamanet pun turut menggemarinya. Jadi, sebab itulah berusaha mempelajari cara buat salad buah ini.

Selain rasanya yang enak, salad buah juga  merupakan makanan sihat yang berkhasiat. Jadi, tidak hairan jika makanan ini menjadi kegemaran bagi mereka yang mahu menerapkan gaya hidup sihat.

Begitu juga buat mereka yang mahu menurunkan berat badan atau sedang berdiet. Kandungan kalorinya cukup rendah, boleh membantu menurunkan berat badan secara optimum. Memang elok sangatlah jika anda jadikan salad buah ini sebagai kudapan ringan.

 

Cara buat salad buah ini sangatlah mudah. Anda boleh guna berbagai jenis buah-buahan segar yang sesuai dengan selera.

 

Resepi Buat Salad Buah

Bahan-Bahan

Buah strawberi

Buah Epal

Buah Melon

Buah Tembikai

Buah Kiwi

Buah Pear

Nata De Coco

* Campurkan kesemua buah-buahan yang sudah dipotong, termasuk Nata De Coco. Kacau rata dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit. Beberapa minit sebelum dihidangkan, barulah disiram dengan sos salad buah dan taburan garam pink.

 

Bahan Sos Salad Buah

Keju parut secukupnya

250 ml susi cair

100 g gula pasir

6 sudu makan mayonis

1 sudu makan tepung jagung

* Sedikit garam pink

 

Cara Membuatnya:

1.Campurkan 3 sudu makan susu cair dengan tepung jagung, kacau sehingga rata dan larut.

  1. Campurkan sebahagian susu cair tadi dengan gula dan larutan tepung jagung itu, masak sehingga adunan tersebut ‘meletup-letup’ dan kental.
  1. Kacau sehingga sebati dan matikan api.
  1. Kemudian tambahkan mayonis, kacau lagi sehingga rata.
  1. Setelah selesai barulah disimpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.

 

Tips Penting Untuk Membuat Salad Buah Diet Sihat

Cara buat salad buah
Urmm…yammy. Salad buah.

  • Salad buah untuk diet sihat sebaiknya dimakan 20 minit sebelum waktu makan supaya kita tetap berasa kenyang dan tidak jadi untuk makan banyak!
  • Meskipun berdiet, tetapi tetap memerlukan protein dan kaborhidrat. Jadi, kita boleh menambahkannya dengan ikan salmon.
  • Hindari penggunaan mayonis, dan gantikannya dengan yoghurt.
  • Kita boleh mencampurkannya dengan keju, tetapi gunakan keju rendah lemak.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...