Skip to main content

5 TIP WUJUDKAN PERASAAN SAYANG TERHADAP DIRI SENDIRI WALAUPUN ANDA RASA TAK LAWA DAN GEMUK!

Bagaimana kita boleh menyayangi diri sendiri kalau kita tak ada perasaan sayang terhadap diri sendiri?

Menyayangi diri sendiri bukanlah suatu proses yang mudah. Sebaliknya ia memerlukan proses yang cukup panjang.

Ada ramai wanita yang berbadan besar atau gemuk hilang keyakinan diri, sehingga membuatkannya stres. Sehinggakan ada yang sampai membenci diri sendiri!

Tak perlulah jadi seperti itu. Ini bukan zamannya lagi. Kita perlu keluar dari belenggu tersebut dan mengharungi suka duka kehidupan di dunia ini dengan fikiran yang lebih positif.perasaan sayang

LAKUKAN LIMA CARA BERIKUT INI SUPAYA KITA ADA PERASAAN SAYANG YANG LEBIH TERHADAP DIRI SENDIRI

  1. KENA BERFIKIRAN POSITIF

Jika kita berfikir bahawa diri kita kurang menarik, mula dari saat ini hentikannya!

Berterusan berfikiran negatif seperti itu hanya akan membuatkan kita jadi bertambah benci kepada diri sendiri. Perkara ini tentunya akan membawa kita pada tekanan atau depresi.

Ingat tau, wanita yang mengalami depresi akan membuatkan kecantikannya semakin berkurangan.

Ketika kita menyayangi diri sendiri, secara tak langsung kita akan memancarka energi tersebut dari dalam diri kita.perasaan sayang

  1. JANGAN TERPENGARUH PADA SELEBRITI BERBADAN SLIM

Biasanya model atau selebriti yang terpapar di media mempunyai bentuk badan yang langsing dan cenderung kurus. Sebaiknya jangan jadikan perkara ini sebagai alasan utama memiliki tubuh ideal.

Mereka memiliki bentuk badan yang kurus kerana tuntutan kerjaya. Jika kita terobsesi untuk memiliki bentuk badan seperti mereka, perkara ini memberikan kesan yang tidak baik kerana ia boleh membuatkan kita jadi bertambah stres.

Cantik tidak bermakna wajib mempunyai badan yang kurus. Selagi kita boleh menjaga cara pemakanan yang sihat dan bersenam secara teratur, itupun sudah boleh membuatkan kita tampil menawan.perasaan sayang

  1. KENA BIJAK SUAI PADAN PAKAIAN

Siapa kata wanita yang berbadan besar sukar untuk memilih pakaian? Ada sahaja pakaian yang dijual di pasaran yang dibuat khusus untuk kita-kita yang berbadan besar. Sebenarnya ada banyak yang boleh kita pilih.

Jika kita pandai melakukan suai padan warna dan material pakaian dengan tepat, sudah pasti kita akan jadi lebih selesa serta berkeyakinan.perasaan sayang

  1. JAGA MOOD SENDIRI

Menjaga mood kita supaya tetap baik akan membangkitkan fikiran positif dalam diri. Fikiran positif akan membantu kita untuk melihat kelebihan-kelebihan yang ada pada diri kita sendiri.

Rasa bersyukur tanpa perlu mengkritik kekurangan yang ada akan mewujudkan perasaan sayang kita terhadap diri sendiri.

Membangkitkan mood yang baik boleh kita lakukan dengan bersenam di pagi hari. Bersenam boleh melepaskan hormon endorphin yang berfungsi memberikan perasaan bahagia dalam diri kita.

Selain mengurangkan timbunan lemak di badan, ternyata bersenam juga boleh melahirkan perasaan sayang dan bahagia.perasaan sayang

  1. JANGAN MUDAH TERMAKAN DENGAN KRITIKAN

Tak perlu terlalu makan hati memikirkan kritikan orang lain tentang bentuk badan kita. Salah satu masalah yang sering dialami oleh kita-kita yang berbadan besar ni adalah perasaan takut dengan padangan orang lain terhadap gaya kita.

Pedulikan sahaja! Jika kita teringin nak bergaya dan cantik-cantik, buat jer. Sesiapa sahaja boleh mengkritik, tapi jangan jadikan perkara ini penghalang untuk kita jadi lebih bergaya dan nampak moden.

Apa yang penting, kita kenalah sesuaikan semuanya agar sesuai dengan karakter kita dan keadaannya.

Kita perlu ada perasaan sayang terhadap diri sendiri walaupun kita mungkin tidak sesempurna kawan-kawan kita ataupun wanita lain yang memiliki bentuk badan yang langsing menawan.

Banyakkan bersyukur dan berfikiran positif walaupun bentuk badan kita tidak seperti mereka.

perasaan sayang

Di samping itu, hargai diri serta wujudkan perasaan sayang tanpa syarat dan terima diri kita apa adanya adalah cara terbaik untuk bahagia walaupun kita sering dikutuk gemuk!

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...