Skip to main content

6 SOLUSI PALING PENTING UNTUK MENCEGAH PENYAKIT STROKE

STROKE TIDAK MENGENAL USIA DAN JANTINA. JADI ADALAH LEBIH BAIK KITA DAPAT MENCEGAH PENYAKIT STROKE INI DARIPADA TERPAKSA MERAWATNYA.

Penyakit ini tidak boleh dipandang enteng kerana stroke boleh menyebabkan kualiti hidup kita yang menderitanya jadi menurun. Stroke bukan sahaja boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kecacatan kekal, bahkan mengundang maut.
mencegah penyakit stroke

BERIKUT IALAH 6 SOLUSI PALING PENTING U UNTUK MENCEGAH PENYAKIT STROKE

  1. KAWAL STRESS
Stress merupakan salah satu faktor utama dari stroke, hipertensi, penyakit jantung, diabetis dan penyakit-penyakit lain.  Jadi, adalah sangat penting bagi kita untuk mengawal stress dan perasaan rungsing yang membawa kepada tekanan dalam diri.
Ramai orang yang  terkena penyakit ini disebabkan stress. Jadi, untuk mencegahnya  belajarlah untuk meneruskan perjalanan hidup dengan sihat dan bahagia.
Kehidupan bahagia perlu dicipta dan tidak akan datang dengan sendirinya. Menikmati kehidupan bahagia merupakan cara terbaik untuk menghindari kita daripada pelbagai macam dan ragam penyakit.
mencegah penyakit stroke
  1. MENJAGA PEMAKANAN
Untuk mencegah penyakit stroke, kita perlu mengubah tabiat kita yang sering mengamalkan budaya hidup yang tidak sihat.
Jika kita kerap mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti mengambil makanan yang tidak sihat, gemar minum minuman beralkohol dan jarang bersenam ia akan membuatkan sistem organ dalaman badan kita akan terganggu.
Jika terus dibiarkan ia akan mengakibatkan saluran darah terjejas sekaligus akan melumpuhkan fungsi otak kita.
mencegah penyakit stroke
  1. RAJIN BERSENAM
Melakukan senaman seperti aerobik dipercayai dapat menghindarkan kita daripada stroke. Dengan bersenam kita dapat membakar segala lemak jahat yang ada dalam badan sehingga boleh mendapatkan berat badan yang ideal.
Selain itu, bersenam juga berupaya melancarkan perjalanan darah ke otak. Penyebab stroke turut disebabkan kerana kurangnya pengaliran darah dan oksigen menuju ke otak.
mencegah penyakit stroke
  1. TEKANAN DARAH TINGGI
Tekanan darah tinggi juga merupakan antara punca stroke. Ia boleh menyebabkan saluran darah kecil dalam otak menjadi bengkak dan mudah pecah.
Pecahnya pembuluh darah merupakan salah satu perkara yang menyebabkan seseorang terkena stroke.
Untuk mencegah penyakit stroke yang berpunca daripada tekanan darah tinggi atau hipertasi, lakukan pemeriksaan tekanan darah secara teratur, jaga pengambilan garam agar tidak berlebihan, jaga berat badan, bersenam serta elakkan stress.mencegah penyakit stroke
  1. KOLESTEROL TINGGI
Pemakanan yang tidak sihat wajar kita hindari untuk mencegah penyakit stroke. Kolesterol yang tinggi mmbuatkan darah menjadi tidak sihat sehingga menjadikan pengaliran darah menuju ke otak menjadi tidak lancar.
Elakkan mengambil makanan yang berminyak serta mengandungi lemak yang tinggi.
mencegah penyakit stroke
  1. BERHENTI MEROKOK
Aktiviti merokok juga merupakan salah satu penyebab terjadinya stroke. Merokok dipercayai sebagai penyebab stroke kerana rokok boleh menyebabkan berlakunya gangguan di bahagian pembuluh darah.
Bahkan asap rokok yang masuk ke dalam tubuh menjadi sumber penyakit kerana sap tersebut boleh membuatkan saluran pembuluh darah tersumbat sehingga oksigen tidak boleh sampai ke otak.
Di samping itu, rokok juga boleh menyebabkan pengerasan dinding pembuluh darah sehingga berisiko ia pecah. Langkah tepat untuk mencegah penyakit stroke adalah menghindari rokok dan juga asapnya.
mencegah penyakit stroke

 

Semoga artikel mengenai mencegah penyakit stroke ini bermanfaat buat anda. 

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...